Home · About Me · Sitemap ·

Rumah Kaca Di Syurga Untuk 4 Golongan

Ini contoh rumah kaca buatan manusia....

Ada 4 golongan yang amat istimewa di akhirat. Akan dibina rumah@istana@mahligai untuknya di syurga daripada kaca yang dapat dilihat keindahan di luar persekitaran dari dalam rumah(orang luar tak nampak orang dalam....macam tinted glass). Masya Allah....Rumah atau istana di syurga tentunya tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana istana di dunia. Keindahan dan kemewahan syurga yang tidak dapat dibayangkan

Golongan 1
Orang yang suka memberi jamuan@buat kenduri (bahasa Kedah)
Menurut Ustaz, tak semestinya kenduri baca doa, kenduri doa selamat. Belanja kawan makan di kantin, jamu kawan makanan pun termasuk dalam Golongan 1.

Golongan2
Orang yang suka berpuasa sunat
Amalan kita diangkat oleh para malaikat menghadap Allah setiap Isnin dan Khamis
 
Golongan 3
Orang yang berinteraksi dengan orang dengan lemah lembut, bersopan
Baik percakapannya dengan orang. Tidak menengking..tidak menyakitkan hati si pendengar. Orang suka mendengar percakapannya.

Golongan 4
Orang yang suka bersolat malam


P/S Sumber : Ceramah agama radio Kedah fm, Jumaat 7 Okt 2011 jam 12.15 tengahari.

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Rumah Kaca Di Syurga Untuk 4 Golongan"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai