Home · About Me · Sitemap ·

Nak Jumpa Abun di Kanchong Darat

Kanchong Darat ni memang fames. Apasal??? Selain makan Mee Kungfu di sini 2 malam berturut2...apalagi kalau bukan rumah lagenda badminton negara....anak-anak Sidek.

Berdekatan traffic light depan signboard Kanchong Darat atas tu la. 2 Abdul buat dek je bila Anim kata inilah rumah keluarga pemain badminton hebat, Misbun, Jalani, Razif, Rashid, Rahman..
Laa...manalah sezaman dengan mereka.

Tapi...bila Anim buka cerita inilah rumah Anak-Anak Sidek yang mereka tahu dari komik dan CD... barulah teruja dan memanjangkan kepala.

"Wah.....ada reket batu besar. Abah...kita orang nak jumpa Abun, Alan....."

 Terpaksalah beri penerangan panjang lebar...hihihi...pening kepala depa bila kami kata Abun, Alan, Ajib pun dah tua macam Abah jugak!!!

Banting memang terkenal dengan perusahaan kerepeknya. Sewaktu singgah makan di sebuah cafe, bertanya pelayan kedai kerepek paling best, yang orang suka singgah.

"Banyak kak...Kerepek Ros..(kemudian menyebut beberapa nama yg tak diingat)..Kerepek Sosilawati"

Haaah...apasal familiar sangat dengan nama tu? Rupa-rupanya "Kerepek House Fazz Enterprise" ini merupakan tempat terakhir arwah jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati singgah membeli kerepek sehinggalah akhirnya ditemui mati dibunuh.So, tak semena-mena...kedai kerepek sudah ada nama jolokan lain ...macam-macam

 
Tambahnya lagi, pekan Banting tempat orang mencari kain baju ela. Meriah pekan Banting hari ni. SALE sempena Deepavali. Konon-konon nak mencarilah sepasang dua kain ela untuk kenangan. Tapi 2 Abdul dah merembat 3 pasang seorang kegilaan la ni..Angry Birds 

Pekena mee rojak @ mee pasembur di Restoran Tawakal. Depa kata mee rojak di sini sama rasa sejak 80 tahun yang lalu...ish..ish..iya ke? (Terbaca kat keratan akhbar yang ditampal di restoran tersebut) Pemilik restoran sekarang merupakan generasi ke3..Layan ajalah....kat SP memang takde pasembur mee ni...

P/S  Entah bilalah sampai Banting lagi...13 tahun akan datang kot!

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Nak Jumpa Abun di Kanchong Darat"

  1. sedapnya tengok mee tuuu....nak pergi jugakkk

    BalasPadam
  2. restoran mamak ni sederet dgn secret recipe..
    dpn dia ada gerai cendol, pn sudah berpuluh thn beroperasi..tapi x sempat nak singgah..huhuhu...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai