Tergelak melihat gelagat teman yang menggeleng-gelengkan kepala bila diusik mengenai buah hati anak terunanya yang berasal di sebuah negeri di Pantai Timur.
"Jauh....susah balik beraya nanti!"
Teringat zaman kolej 80an dulu...ramai kawan sekolej yang patah hati bila hubungan tidak direstui kerana tak sama negeri (biasanya dulu orang Kelantan la..) dan tak sama keturunan (Syed/Sharifah atau sama Jawa, hihi)
"Jauh....susah balik beraya nanti!"
Teringat zaman kolej 80an dulu...ramai kawan sekolej yang patah hati bila hubungan tidak direstui kerana tak sama negeri (biasanya dulu orang Kelantan la..) dan tak sama keturunan (Syed/Sharifah atau sama Jawa, hihi)
Tak sangka...zaman millennium ni masih lagi ada yang berfikiran begitu.
---------------------------------------------------------
Alasan teman:
Anak cuma 2 orang. Anak perempuan tak boleh kata apa, kena ikut suami. Anak lelaki, bila dah kahwin....kena ikut giliran balik beraya. Dia tak dapat membayangkan sedihnya hati jika anak lelaki sulongnya itu tidak balik beraya di Kedah.
Kalau sama negeri senang. Kalaupun bahagi 2 rumah pun....anaknya masih berkesempatan menjenguk orangtuanya.
Kak....belum tentu lagi tu..Kalau duduk dekat, senegeri...tak balik bukan saja sedih hati, SAKIT HATI!
----------------------------------------------------------
Teringat tindakan seorang teman yang membesarkan rumah dan menambah bilik kerana mahu kesemua 5 orang anak-anaknya tinggal bersama.
"Akak tak mintak satu sen pun dari depa. Duit sewa, duit api, duit air akak tak bagi depa bayar. Akak bukan nak duit depa. Akak ada duit sendiri. Akak nak anak-anak akak sentiasa depan mata akak."
Tapi....lama mana bertahan. Seorang demi seorang anak yang berkahwin meminta izin hidup sendiri. Ibarat burung di dalam sangkar..walaupun diberi makanan yang sedap-sedap, terpilih...dia tetap mahu bebas terbang mengikut nalurinya.
------------------------------------------------------------
Kenapa soal balik beraya yang dirisaukan kak?
Ada 11 bulan yang lain yang anak boleh balik menjengok...
Dalam era milliennium ni....jadi mak bapak ni kena berlapang dada, kena bersedia...
Silap2...anak-anak berkerja di luar negara kerana peluang pekerjaan terhad..
(mak ayah kena kerja sampai 60 tahun, tak pencen-pencen...huhu)
Kalau anak tak balik beraya...kita pulak beraya bersama anak atau ke rumah besan...apasalahnya...
Atau lebih sikit duit, kita berayalah di Mekah...senang cerita
Jangan dirisau perkara belum berlaku...berbaik sangka ajalah..
Berdoalah agar kita dapat menantu dan besan yang baik hati walaupun bukan senegeri...
P/S Kena belajar "lepaskan" anak sedikit demi sedikit...
Belum ada komen untuk "Menantu Jauh...Menantu Dekat"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai