Dari Abdullah b. Mas'ud r.a, dia berkata:
"Nabi SAW berkata; "Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu dia menyebutkan sifat-sifatnya kepada suaminya, seakan-akan dia (suami) boleh melihatnya"
Dalam wasiat Nabi SAW ini, beliau memberi petunjuk kepada para wanita agar menghindari perantara (atau alat) yang boleh menggoncang sendi rumahtangganya yang akhirnya boleh menimbulkan penceraian.
Berapa banyak engkau mendengar tentang seorang wanita yang diceraikan suaminya lalu suaminya itu menikah dengan temannya sendiri atau tetangganya atau wanita yang dekat dengannya, padahal si suami tidak mengetahuinya kecuali dari perantaraan isterinya sendiri.
Maka Rasulullah SAW memberi wasiat kepada wanita seraya berkata kepadanya:
"Janganlah kamu duduk-duduk bersama suamimu, lalu engkau menceritakan ciri-ciri badan wanita lain atau sifat-sifat tubuhnya, seperti kulitnya yang lembut atau rupanya yang menawan,
sehingga seakan-akan suamimu dapat melihat wanita yang engkau ceritakan itu,
dan seakan-akan ia hadir dihadapannya,
sehingga hal ini mengundang rasa keinginannya dan kekaguman suami kepadanya,
lalu syaitan punmenguasai hatinya dan dia pun tertarik kepadanya.
Kemudian tersirat di dalam dirinya untuk menceraikanmu. Dan akhirnya suamimu mengahwini wanita yang engkau ceritakan itu."
~50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita :Majdi As-Sayyid Ibrahim~
P/S Begitulah Rasulullah SAW mengangkat perasaan wanita dan meninggikan akhlaknya.
Salam Anim,
BalasPadamBetoi tu Anim,lebih baik jangan cerita apa pun kat suami kita pasai perempuan lain.
betul tu ros..
BalasPadaminilah antara kesilapan yg dilakukan oleh kaum kita..
heeee3x... apa2 pun aku sentiasa maafkan kesilapan isteriku jua...walaupun sampai tahap isteri nak bunuh suami... kerana isteri itu adalah ujian di dunia untuk suami....
BalasPadamkazman@hihi..apa kejadah nak bunuh suami. hang nak nikah lg ke...bagus2, cam tulah suami mithali..
BalasPadam