Home · About Me · Sitemap ·

Budak kecil pun tau ikhtiar untuk hidup


Tha Sophat berusia 20 bulan yang tinggal bersama datuk dan neneknya menyusu dari seekor lembu selepas ibubapanya meninggalkan kampung halamannya di wilayah Siem Reap, Kemboja untuk mencari kerja di Thailand.
Datuknya, Um Oeung memberitahu The Associated Press, cucunya itu mula menyusu terus dari lembu pada Julai selepas memerhatikan seekor anak lembu melakukan perkara yang sama.

 Pada mulanya dia menarik cucunya dari melakukannya, tetapi mengalah apabila cucunya membantah kuat. Sejak itu, Tha Sophat menghisap susu lembu ini sekali atau 2 kali sehari.
Datuknya mengatakan lembu itu , Friday tidak kisah apabila anak kecil ini menghisap susunya. Bagaimanapun datuknya bimbang akan kesihatan cucunya itu jika dia terus melakukan penyusuan terus terhadap Friday.


P/S Ni baru betul "anak lembu"...kasihan.. tengok tu...mak lembu pun ada perasaan keibuan.

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Budak kecil pun tau ikhtiar untuk hidup"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai