Home · About Me · Sitemap ·

Bagile Jalan Free...


Beraya ke rumah adik di Jeram menggunakan highway yang baru dirasmikan Jun 2011 yang lalu. Ekspressway KL-Kuala Selangor (dulu dikenali dengan Assam Jawa-Templer Park Highway)...kami panggil Ekspressway LATAR. Ekspressway ni menghubungkan Templer's Park (berdekatan Rawang) hingga ke Ijok (berdekatan Kuala Selangor). Pelik pulak...macamana timbul KL-Kuala Selangor. Walhal tak melalui KL pun.
Ni nak cerita kat hangpa...lalu sini...3 kali jumpa tol plaza dalam jarak 4-6km. Setiap kali jumpa tol..RM2. So darab 3 equals RM6 sehala perjalanan. Wah...boleh nipis dompet nih!
---------------------------------------------------------------
Negeri kaya macam Selangor ni...bagilah jalan free kat pengguna. Sekali sekala orang SP mai, oklah lagi..tu pun membebel jugak. Kami kat Kedah ni..tak jumpa tol melainkan highway PLUS sahaja.

.
Tak panjang membebel makcik ni bila ternampak masjid baru on the way ke rumah adik.

Masjid baru...cantik reka bentuknya.Wajib singgah ni.....

Buat adik, Muhammad Rasyidi dan isteri, Rohana...terimalah serangkap pantun dari kekanda...

Sambut raya bersama Cik Siti,
Gembira dan teruja terasa di hati
TQ kerana tersedia makan tengahari,
Senang hati tak menyinggah mana balik Sg.Petani.


P/S Mood beraya di Selatan tak hilang lagi.....apa cerita raya di SP pulak?


Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Bagile Jalan Free..."

  1. kat selangor ni mana ada highway yg tak kena bayar TOL... heee3x.. Nama pun dah TOL Tahan Orang Lalu... selamat hari raya.... kami follow...

    BalasPadam
  2. depa tau ramai org luar
    dok S'gor kot. so, simpati
    kat rakyat sendiri kureng..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai