Home · About Me · Sitemap ·

Aku Dah Serik Pakai Kebaya...



"Emmm...kebaya kan dah sinonim dengan kau, Nim.
( Ada kebaya ada Anim...ada Anim ada kebaya)"

Aduh....seksa betul membaca statement inbox seorang sahabat lama tatkala "bertemu" di alam maya.
15 tahun lamanya...itu agaknya yang bermain difikirannya bila mengenang saat-saat mengajar bersama di sebuah sekolah di Shah Alam.
-------------------------------------------------------
Tahukah kau, teman , sejak peristiwa di satu hari 15 tahun lalu....tertutup hati ini menyarungkan kebaya di badan...cewah...cewah...apsal lain macam bunyi ayat???
 Meh aku cerita kat kau apa berlaku...mudah-mudahan menjadi pengajaran buat cikgu-cikgu muda sekarang, tambah-tambah lagi anak-anak murid sekarang lebih advance!
------------------------------------------------------
 15 tahun lalu, body pun macam tiang letrik. Mengenakan kebaya pendek tak jadi masalah. 
Alkisah satu hari masuk mengajar kelas tahun 3 di salah sebuah sekolah di Shah Alam dengan memakai kebaya pendek bertanah hitam berbunga kuning. Kain biasa je..bukan kain kasa yang jarang macam sekarang ni....nampak kulit badan!

Tiba masa melakukan aktiviti menulis, seorang  murid lelaki menegur Anim,

"Teacher, jangan pakai baju macam ni lagilah...tangan saya ni dah tak boleh menulis"

 "Laa..awat pulak kena mengena ngan baju saya ni..."

"Tangan saya dah cramp..saya tak boleh pandang teacher"

Gelabah Anim dibuatnya...tambah-tambah lihat muka dia berpeluh-peluh. Lain macam nih.
Anim bergegas ke bilik guru meninggalkan anak-anak murid lain yang kebingungan..

"Do I look sexy today?" itulah soalan Anim untuk kawan-kawan setugas.
--------------------------------------------------------
Riuh-rendahlah bilik guru mendengar penjelasan Anim. Maklumlah...15 tahun lalu, terasa janggal bila seorang murid berusia 9 tahun berkata begitu.

Bila dibawa bertemu Penyelia Petang waktu itu...terkedu kami mendengar jawapannya;
"Saya risau....kalau kain teacher lucut...nanti nampak spender!"

Senang cerita Nal, sejak hari itu kebaya pendek dah tak ada dalam almari pakaian aku lagilah!!


P/S Nasihat untuk guru-guru muda ; kena bear in mind....murid-murid ini boleh berimaginasi waktu kita mengajar di depan. 

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Aku Dah Serik Pakai Kebaya..."

  1. haaa3x... macam-macam student sekarang ni yee! bijak2 sungguh...

    BalasPadam
  2. budak sekarang lg advance..
    zaman sy dulu nk tegur cikgu pakai baju koyak@terbalik pun takut, hihi

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai