Home · About Me · Sitemap ·

Tip bertemu malam Lailatul Qadar


Tip ini diperolehi Jumaat lepas sewaktu mendengar ceramah agama di radio Kedah FM 97.5Mhz. Lupalah nak catat nama Ustaz yang bersiaran di udara. 3 Abdul bersiap nak ke masjid....Anim pulak terpaku di meja dengan buku nota. Maklumlah....dapur berehat waktu tengahari.

Bagaimana nak minta Allah SWT "kejutkan" kita di waktu ijabah (2/3 malam)?
  1. Masuk tidur dengan keadaan berwudhuk
  2. Sebelum tidur, baca surah Al-Kahf , Ayat 107- Ayat110 (4 ayat terakhir)
  3. Setiap ayat Al-Quran yang mulia ini, ada khadamnya (penjaga). Sebutlah..."Wahai Khadam ayat yang mulia ini, kejutkanlah aku pada sekian..sekian masa waktu ijabah"
  4. Insya-Allah pada waktu-waktu ijabah itulah, kita akan "dikejutkan". Masya-Allah..Allah Maha Berkuasa. 
  5. Apa nak buat bila terjaga? 
  6. a) Solat Sunat Wuduk    
    b) Solat Sunat Tahajjud (paling minima 2 rakaat)   
Semoga Allah SWT mempertemukan kita dengan satu MALAM di bulan Ramadhan...yang lebih baik dari seribu bulan iaitu MALAM LAILATUL QADAR 

UPDATE : TIPS TERKINI 
P/S Rebutlah peluang ini dan banyakkan berdoa. Semoga Ramadan kali ini kita tidak rugi lagi, lebih bermakna dan mendapat keberkatan.

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Tip bertemu malam Lailatul Qadar"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai