Home · About Me · Sitemap ·

Italian Food pulak dah...


Menjelajah resepi online mencari Spaghetti Olio Aglio bersama Cik Fauziah kita tengahari tadi. "Olio Aglio" maknanya garlic oil.  Sikit saja Anim buat kerana anak-anak meminta Spaghetti Carbonara sebagai juadah berbuka mereka. Anim tak berapa lalu kuah berkrim puasa-puasa ni.

Sorri...wa kurang pandai nak decorate

Resepi asal

200 gm spaghetti yang telah dicelur ~ Anim guna San Remo "Angel Hair". Air rebusan simpan.
2 sudu besar minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih
3-4 udang sederhana besar ~ Udang banyak dalam fridge, Anim tambah lagi
3-4 ekor isi kepah (Mussle) ~ Omit..takde dalam fridge. Guna sotong potong bulat
Button mushroom (ikut suka) ~ ambil sikit bahan Carbonara anak-anak
1 sudu teh pati ayam ~ Anim sedikit ayam kisar bahan Carbonara
2-3 potong capsicum didadu@ potong memanjang
1 sudu teh oregano flakes
daun parsley (dicincang)
cili padi (jika mahu pedas) ~ Anim tukar ngan serbuk lada hitam
garam secukup rasa
* Anim tambah 2  biji tomato yang didadu
CARA
1. Tumis bawang putih dicincang tadi hingga kekuningan.
2. Masuk ayam kisar, udang dan sotong
3. Kacau rata dan masukkan button mushroom, capsicum , tomato bersama garam dan lada hitam. Gaul rata.
4. Masukkan spaghetti bersama sedikit air rebusannya jika nampak kering (untuk nampak basah...bukannya nak bagi berkuah )
         5. Masukkan oregano, gaul sebentar dan sedia

 Spahetti carbonara express untuk anak-anak. Last2 Spaghetti Olio Aglio yang habis dulu.

P/S Seronok dengar cerita Encik Suami yang berbuka dan berterawih di Masjid Negara malam tadi. Makan nasi dan moreh di sana. Di SP bersolat di Masjid Taman Keladi...Imam baca ringkas. Kali ni Imam dari Arab Saudi.....haaa...tahan je kaki berdiri.

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Italian Food pulak dah..."

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai