Home · About Me · Sitemap ·

Ceritalah tentang SP ~ Siri 1


"Apa pendapat Anim tentang SP?" 
Tu yang diutarakan oleh rakan-rakan bila Anim maklumkan sudah genap 2 tahun di SP.

Apa yang terlintas tadi :-
1) Bandar paling BANYAK TRAFFIC LIGHT. Tak pernah lagilah tinggal atau pergi ke negeri/ bandar yang ada banyak traffic light seperti Sg.Petani. Nak ke sekolah yang hanya lebihkurang 20 minit perjalanan (kalau tak jammed oleh accident) terpaksa menempuh 6 traffic light. Tu belum ke bandar lagi.

2) Pemandu suka ikut lorong kanan (lorong laju) walaupun bawa perlahan. Rapatlah macamanapun...bagilah lampu tinggi ke....ramai yang buat dek. Pendekata....bila kami memandu ke mana-mana destinasi, terserempak driver yang bawa perlahan di lorong laju....kami akan kata, "Ni mesti orang SP"...jangan mare....

3) Banyak masjid di SP. Masjid-masjidnya cantik, lapang dan selesa. Pendekata.....boleh duduk lama, tak nak keluar-keluar (barakah juga mungkin salah satu faktornya!!!!)  Antara masjid berdekatan yang menjadi pilihan:-

http://mw2.google.com/mw-panoramio/photos/medium/67923082.jpg

Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya - tempat kami mengikuti Kursus Haji Bersiri. Nak berterawih di sini jauhle sikit. Tengoklah satu hari nanti sebelum Ramadan berakhir...kena berbuka puasa di masjid ni, baru dapat berterawih di sini.

http://islamicundertaker.blogspot.com/2011_10_01_archive.html

Masjid Taman Keladi - masjid favourite anak-anak. 10 minit perjalanan dari rumah. Lebih banyak berterawih di sini kerana mereka akan meminta Encik Suami membawa mereka kemari.

Masjid Kariah Matang Gedong ~ Sehari je berterawih di sini. Taklah jauh sangat dari rumah tapi 2 Abdul kata tak de tempat luas nak landing bila habis 8 rakaat (kena tunggu Ummi dan abah.....)

Masjid Al Muttaqin Taman Ria...kerap singgah solat Maghrib@Isyak di sini kalau ke Restoran Hotmas @ shopping di Lagenda Heights. Bagaimanapun kawasannya agak gelap....dan anak-anak menggeleng kepala bila diajak berterawih di sini.

Masjid Mudzaffar Shah ~luas dan selesa tapi Anim je geleng kepala nak berterawih di sini. Toilet wanitanya jauh ke belakang dan gelap. Siang hari...no hal.

Masjid Abdul Rahman di tengah Pekan Lama SP. Singgah sini kalau pekena teh tarik dan Nasi Kandar Hussain. Tapi sejak kes pecah cermin kereta kami di sini tempohari......jarang-jarang ke masjid ini.

P/S Belum berkesempatan bersolat di Masjid Khalidiah, Tikam Batu (Datuk K~ Siti). 

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Ceritalah tentang SP ~ Siri 1"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai