Home · About Me · Sitemap ·

Dugaan Di Syawal Pertama


Kusangkakan cagu@cekam kuku.....

Sudah hampir seminggu menahan sakit di ibu jari...yang makin membengkak dan keluar nanah...
ready untuk diinaikan...
menjelang malam raya....orang sibuk bertakbir..
dalam takbirnya....dia menahan sakit..berdenyut-denyut
malam tak lena tidur...
pagi Syawal...walaupun sunat menikmati hidangan..
hanya seteguk teh o panas sahaja yang mampu dihirup...
bila diajak menziarahi sanak saudara..
"Abah tak nak ke mana-mana.....sakit benar jari ini"
dengan pujukan lembut sang isteri..
"Jomlah...kita ni dahlah payah nak balik...inilah masanya menziarahi keluarga..
Kita ke klinik dulu....dengar nasihat doktor"
-----------------------------------------------------------
"Jangkitan kuman. Pergilah ke hospital...cukup alat untuk dibedah" terang si doktor
"Raya pertama ni doktor ada ke? Tak serius tak layan pulak. Hospital swasta tak ada kat sini. Macamana doktor? Tak ada cara lain ke?"
"Saya boleh cuba...tapi saya tak boleh nak bius. Awak kena tahan laa"
Dengan linangan airmata menahan kesakitan tanpa dibius demi membuang nanah dan darah.... akhirnya berbungkuslah jari...
Nampak ceria wajahnya menikmati juadah hariraya airtangan si isteri dan bonda..
Senyum simpul bertanya khabar pada sanak saudara yang berkunjung tiba..
Lucunya...ibu jari berbungkus jadi bahan senda mereka..
"Aikkk...si bapak pun main MERCUN jugak ke?"

P/S Catatan buat Encik Suami


Artikel berkaitan:

Ronda-ronda Pt.Sulong

 2 hari sebelum kedatangan Syawal....kami ronda-ronda destinasi kegemaran kami, Pt.Sulong. Ada sesuatu di sana yang dicari....(yang kureng di SP)

Buah pulasan Pagoh mari, RM4 sekilo. Nilah masanya nak makan puas-puas. Kat SP, pulasan RM8 sekilo. Bila ditanya kenapa mahal..."mai dari Johor bang"...Laaaaaa..gitu kaa?

Keladi mawar...keladi Indon...segala jenis ubi. Favourite food Encik Suami

Jimat tenaga nak menganyam ketupat...beli kelongsong ketupat yang dah siap..30 sen sebiji.


Cari kerepek ubi pedas..kerepek ubi masin di pusat jualan fofular di Pt Sulong. Tapi kami mai dah hujung Ramadhan...satu jenis kerepek  ubi pun tak ada. Kesian kawan-kawan Kedah yang mengirim..

 Hendak tak hendak....3 peket RM10 ni lah jadi taruhannya. Tawakal sajalah....asalkan kerepek ubi pedas!!


P/S Meriah sambutan Syawal di Johor. Masih ada yang sedang mengecat rumah lagi.....Dua-dua umah mak kita dah berganti langsir!!

Artikel berkaitan:

Salam Aidil Fitri 1432H Buat Semua


Petang ni nak bertolak balik Johor. Emak sudah diberitahu..
"Buka puasa rumah emak ya"
Emak...kalau 2,3 jam perjalanan..insya-Allah. Balik time bukan raya 8 jam. Kali ni berhenti berbuka, solat dan bercadang nak ambil peluang berterawih di Hentian Rehat...tak taulah jam berapa tiba.
"Ok..ok..mak masak ni. Tak kisahlah sampai pukul berapa"
----------------------------------------------------------
Depa kata...untung balik berlawan arus. Orang balik Utara...hang balik Selatan.
Selalunya begitulah...tapi depa lupa bila tiba KL...masuk Seremban...masuk Melaka.Silap-silap tersengguk-sengguk macam semut. 
-------------------------------------------------------
Seperti tahun-tahun sebelumnya...Anim dan Encik Suami mengamalkan dasar berkompromi. Kami tidak menetapkan giliran beraya di mana dulu. Setelah hidup bersama lebih 20 tahun, dua-dua emak, dua-dua bapa...tak ada bezanya...dua2 pandang wajah mereka pun dapat pahala. Kami tengok keadaan semasa. Kemudian barulah keputusan dibuat.
Contoh: raya tahun ini hanya 2 adik Anim (dari 11 orang) yang tidak dapat bersama-sama. Seorang giliran beraya di Sarawak, dan seorang lagi isteri ada di Perak kerana bersalin. Jadi emak ada 9 anak lain yang berhari raya dengannya.
Bagi emak mertua pula yang mempunyai 4 anak, ketiga-tiga anaknya yang lain (adik2 Encik Suami) berhariraya di rumah pasangan masing2. So...mak & bapak tinggal ber2 kan? So...tak ada sape bersama mereka di malam raya kan? So...tak ada yang membantu emak di dapur kan? So.....kamilah yang bersama mereka di malam raya.
------------------------------------------------------------------
Sementara 3 Abdul bersolat Jumaat, sempat siapkan menu ringkas...(manalah tahu ramai lak balik serentak...penuh pulak hentian rehat)


Udang sweet sour....baki hasil membisik


Cempedak goreng...(staff Encik Suami, "Chot" beri )

Hampir seminggu balik bercuti. Nampaknya selama itu juga mungkin blog ini sepi.
Anyway, selamat balik kampung kepada semua...selamat merayakan lebaran bersama keluarga tercinta

SALAM AIDIL FITRI.....MAAF ZAHIR BATIN

P/S  Sukanya anak-anak bila tahu kami akan "berpicnic" di dalam kereta nanti.

Artikel berkaitan:

Jangan Tangguh Solat Wahai Adik, Kakak dan Makcik...



 3 hari dapur tak berasap. Bukan kerana penyakit M melanda tetapi memenuhi jemputan majlis berbuka.puasa di 2 buah hotel dan sebuah restoran di SP 3 hari berturut-turut.
------------------------------------------------------------
Usai berbuka, bila mengajak sesetengah teman ke surau hotel/restoran ......jawapan SAMA ditemui di ketiga-tiga majlis....

"Tak apalah....saya nak solat di rumah"
Benar....itu hak teman-teman. Namun nasihat dari adik/kakak/makcik ni, jangan bertangguh solat. Waktu Maghrib tu pendek. Belum tentu perjalanan pulang kita berjalan lancar. Kita tidak mengetahui aral yang mendatang. Jangan dianggap remeh tuntutan Allah ni...

Alasan-alasan diberi:

~ Surau kecil tak selesa
Asalkan ada tempat bersih untuk meletakkan dahi untuk bersujud oklah. Tu belum lagi bersolat di  Raudhah dan kawasan Hijr Ismail. Sesak pun orang boleh solat...

~ Susahlah nak buka tudung, pakai balik tudung, pakai pin, pakai brooch
Kena pakai tudung yang sesuai untuk majlis . La ni banyak tudung yang semudah ABC. Yang murah...yang mahal pun ada...Ariani, Ariyana, Arroyo (eh..ni nama Presiden Filipina dulu). Tak payah berpin, berpintal...tak tengok cermin pun ok je.

~ Tak bawa telekung
Kalau nak tahu...orang MalaySIA, IndoneSIA je solat bertelekung. Baju kurung kita pakai...tudung melepasi dada, berstokin dah boleh bersolat. Nak senang...kita pakai jubah siap-siap. La ni, jubah bukan untuk orang balik haji dah aaaah....sapa-sapa boleh pakai. Cantik-cantik, lip lap..lip lap. Dah nama majlis berbuka puasa, kawan-kawan tak usik "Mak Aji" lah.
NOTE : Kat surau hotel, ada telekung disediakan.

~ Orang perempuan ni payah...kena tukar "seluar kecik"
Hmmm...panty liner macam jenis ada. Bukan mahal pun....satu bungkus kecil tu tak sampai RM5. Isi lebih sedozen. Biasakan pakai...bila nak solat, buang dan ganti baru. Setakat letak dalam handbag 2,3 keping wat spare berat manalah..Berat lagi lipstick dan bedak kita...

~ Sekadar nasihat ~

 P/S  Hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih. Mudah-mudahan jangan sampai terlepas Maghrib.

Artikel berkaitan:

Bila Al-Quran Mula Berbicara


Waktu engkau masih kanak-kanak....
kau laksana kawan sejatiku
dengan wudhuk, Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan pelajari
Aku kau baca dengan suara lirih
ataupun keras setiap hari
Setelah selesai..engkau menciumku mesra

Engkau telah dewasa....
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku..
Apakah Aku bahan bacaan usang yang hanya tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan
yang tidak menambah ilmu pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
sehingga kau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah kau anggap sebagai pengisi stormu
Kadangkala Aku dijadikan mas kahwin 
agar kau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir,
dibiarkan dalam kesendirian, kesepian
Di dalam almari, di dalam laci, Aku engkau pendamkan
Dulu...pagi-pagi, surah-surah yang ada padaku
engkau baca beberapa halaman....
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai
bersama temanmu di surau..
Sekarang, seawal pagi sambil minum kopi..
engkau baca suratkhabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia..
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerjapun kadangkala kau lupa
membaca pembuka surah-surahku (Bismillah)
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tiada kaset yang berisi ayat Allah
yang terdapat dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju 
ke stesyen radio kesukaanmu, mengasyikkan..

Dimeja kerjamu tiada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik favouritemu
Jarang sekali kau putar ayat-ayatku....
E-mail teman-temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaanku bahawa engkau
kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba, engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam kau betah duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah...

Waktu pun cepat berlalu.....
Aku semakin kusam dalam laci-lacimu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu

~ Risalah Unit Surau & Dakwah SKS ~


P/S Semoga cintaku terhadap Al-Quran kian mekar takkan pudar


Artikel berkaitan:

Majlis Khatam Al-Quran SKS

Terima kasih Panitia Agama Islam

 Dapat duit raya, dapat cenderahati dari sekolah.....dapat pahala berlipat ganda lagi dari Allah SWT. Membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan 10 kali gandanya. Alif Lam Mim bukan satu huruf...tetapi Alif, satu huruf...Lam, satu huruf..Mim, satu huruf

Kita ni tergolong dalam tingkatan mana agaknya?


‎1. GOLONGAN YANG LALAI DARI MEMBACA AL-QUR'AN
AL-GHAFILIN: Pembaca sekitar 0-9 ayat. (0- 1 m.s) suatu malam

2. GOLONGAN YANG MENGINGATI AL-QUR'AN
AL-ZAKIRIN: Pembaca sekitar 10-49 ayat. (1 - 4 m.s) suatu malam

3. GOLONGAN YANG MEMELIHARA AL-QUR'AN
AL-HAFIZIN: Pembaca 50-99 ayat. (4 - 10 m.s) suatu malam

4. GOLONGAN YANG SETIA DENGAN AL-QUR'AN
AL-QANITIN: Pembaca sekitar 100-199 ayat. (10 - 20 m.s) suatu malam

‎5. GOLONGAN YANG BERJAYA MENJADIKAN AL-QUR'AN SEBAGAI AMALAN
AL-FAIZIN: Pembaca 200-299 ayat. (20-30 m.s) suatu malam

‎6. GOLONGAN YANG KAYA DENGAN PAHALA DARI BACAAN AL-QUR'AN
AL-MUQANTIRIN: Pembaca 300-1000 ayat. (30-70 m.s) suatu malam

Maksud Hadis

P/S "Ada 2 golongan manusia yang sentiasa didengki oleh oranglain; iaitu orang yang diberi Allah SWT kitab suci Al-Quran, kemudian dibacanya siang dan malam; dan orang yang dikurniakan oleh Allah harta benda, siang dan malam beliau menggunakan kekayaan   itu untuk jalan kebaikan yang diredhai Allah"   (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Artikel berkaitan:

Teringinnya Nak Duduk Jauh....



" Bestnya balik kampung kak Nim. Saya kampung kat sini...tak rasa suasana balik kampung"

"Apa yang best? Kami ni  kalau boleh nak tinggal negeri sendiri. Dekat dengan emak...dekat dengan bapa...iyalah, sementara depa masih ada."

"Tapi dekat sangat pun tak best....suasana balik kampung raya tu tak ada. Sibuk balik kampung tak ada. Saya bagitau suami,syoknya kalau kerja dia ada di cawangan negeri lain"

"Laaa...balik raya setahun sekali. Balik ni dan (sempat) berbuka, bersahur di Johor berapa hari sangat. Dahlah tu kena bahagi 2 rumah. Hang tu bolehlah...sorang Sg.Petani jugak, sorang Alor Setar. Tiap-tiap minggu boleh balik jengok mak ayah"

"Balik apa kak. Tak sempatlah kak. Saya sibuk exam, suami pun sibuk gak. Tak sempat balik rumah mak (Alor Setar)...sahur, berbuka dengan mertua dapat sekali"
------------------------------------------------------------------
Haaaah?????...lu fikirlah sendiri.


P/S  Manusia sering alpa dengan nikmat yang sedia ada di depan mata. Yang tak tercapai oleh tangan...itulah yang dicari.


Artikel berkaitan:

Gambaran Hari Kiamat.....Subhanallah.


Menjelang Syawal ni...Anim copy paste satu n3 yang menginsafkan dari satu blog yang Anim follow. Buat ingatan semua termasuklah diri sendiri....raya tu raya juga....bersederhana dan mudah-mudahan kita dapat meneruskan ibadah sepertimana yang kita laksanakan sepanjang bulan Ramadan. Jaga perlakuan dan batas pergaulan kita. Ambil kesempatan memohon maaf kepada ibu bapa, adik beradik, kaum kerabat dan sanak saudara...Anggaplah Syawal kali ini yang terakhir buat kita...
-------------------------------------------------------------------

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 
- Pemimpin yang adil. 
 - Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
 - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
 - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
 - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 
 - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
 - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
  
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
 - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
 - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

 Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

P/S Sumber (Kadi Kluang)

Artikel berkaitan:

Misi Syawal 2 : Misi jimat duit

 Carian google

5 hari lagi hari raya. Checklist panjang dah dibuat. Maklumlah...bukan dekat nak balik. Nun di Selatan. Checklist ole-ole nak dibawa, checklist beg pakaian anak-anak (jenuh nanti nak membeli baru), checklist baju-baju raya....aduhhhh....itu semua tugas Cik Bini. 
--------------------------------------------------------
Cerita tol untuk musim raya kali ni, PLUS kata sistem REBAT....bukannya DISKAUN. Hanya pengguna kad Touch n Go, PLUSMiles dan kad Zing BSN sahaja yang layak terima rebat tol ini.

Tarikh dan rebat tol PLUS
  •  25 dan 26 Ogos 2011 ~ 20%
  • 30 dan 31 Ogos 2011 ~ 10%
  • 1 & 2 September 2011 ~ 20%
Rebat tol dikira selama 24 jam dari 12 pagi hingga 12 malam

---------------------------------------------------------------
INFO SPEED TRAP UNTUK BALIK SELATAN
(Pengguna handphone yang canggih tu....ada reminder....kira selamatlah ya)
  • Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
  • Ada 3 kamera antara km 255- km 249 (Persimpangan Seremban-Senawang)
  • Km 253 selepas exit Senawang
  • Km213.9 selepas exit Alor Gajah
  • Betul-betul di exit Jasin
  • Selepas hentian sebelah Tangkak (km tak pasti)
  • Jambatan pertama selepas exit Yong Peng Utara (km tak pasti)
  • Km 97.3 selepas exit Air Hitam
  • Betul-betul di exit Sedenak
-----------------------------------------------------------------------

 NASIHAT UNTUK ENCIK SUAMI

Ada peluang jimat duit tol...kita gunalah. Hari Jumaat (26/8) , kita bertolak lepas Asar. Berbuka di highway. Musim raya hentian rehat penuh....beli juadah berbuka siap-siap, kita berbuka dalam kereta. 
Ada  info kawasan trap....slow2 le memandu di kawasan yang dinyatakan..Jimatlah duit nak bayar saman kat abang polis lah..

P/S Bergilir-gilir memandu...

Artikel berkaitan:

Misi Syawal 1: Ole-ole Utara untuk kerabat


Balik sekolah, geng bas sekolah ajak ke mari..Kg Huma, Sg.Petani

Ingat bahulu je ada....macam-macam ada. Tapi, orang Selatan lagi terkenal dengan segala kerepeknya. Kerepek ubi, ubi pedas, keladi, keledek, bayam, tempe....semua jadi kerepek.

Nak beli kerepek ke untuk orang Selatan??? Nehi...nehi...nehi... Cari kuih special dia lah...yang terkenal..

1) Bahulu....baik Bonda atau MIL, tak pernah wat bahulu untuk raya. Bolehlah wat ole-ole raya kali nih. Dapat baulu ikan lagi syok..tapi tak sesuai lak untuk raya. Besar sangat.. Yang ini sweet dan ok sangat2. Harga pun okay...sebekas 50 biji ni RM7 je

 2) Rojak buah Mak Bee. Ole-ole wajib. Toplist dalam pertanyaan kerabat, "Ada bawa kuah rojak Mak Bee tak?" Syawal kali ni harga naik 30 sen sebekas. Gula naik, harg rojak buah pun naik. Fresh dari kilang...p beli sendiri kat Alor Setar. Jauh tak apa, janji baru lagi. Nak bagi ole-ole mesti yang terbaekkkkk punya.

3) Pekasam lampam jawa. Pekasam baru buatan mak anak murid . Tak berbau, tak masin sangat. Memang terangkat...kerabat di Johor mana ada sawah. Mana jumpa orang jual pekasam kat market. 20 bungkus ni, rasa-rasa macam tak cukup je..

P/S Biskut raya tak masuk list sebab belum beli...huhuhu. En.Suami kata itu tugas dia. Tunggu jelah camna rupa...:D

Artikel berkaitan:

Tipah Tertipu di bulan Ramadan


Translation:

" Drpd dato mazlan astrology. Malam ni 3.25am waktu Mekkah,bulan akan mengelilingi Kaabah dan ini akan memberi kesan kepada langit. Langit akan menjadi biru cair . Dan inilah saatnya doa dimakbulkan . Hal ini terjadi selepas 10 juta tahun.Sila sebarkan perkara ini kepada semua orang 3.25am waktu Mekah , 8.25am waktu Malaysia"

Dapat sms ini dari geng bas sekolah petang Sabtu. Terfikir juga di hati...takkanlah Dato Mazlan nak sms lagu ni. Kejadian 10 juta tahun sekali takkan war war dalam sms je. Bo layanlah
-----------------------------------------------------------------
Pagi Ahad sewaktu perhimpunan....berbual-bual dengan geng-geng lain. Tak sorang pun dapat sms Yana semalam (dia cuti exam). 
"Dia tau...kalau bagi kat kami....punyalah payah kami nak baca. Tu sebab dia bagi kat Madam aja"
 8.20 pagi kami semua berada di tapak perhimpunan (perhimpunan rasmi Ahad),tak nampak pun tanda-tanda. Eh...eh...caya jugak ke? 

Keadaan awan Ahad pagi sewaktu berada di tapak perhimpunan sekolah.

Tu haa..tengok awan kat atas. Lain macam pagi ni. Macam mendung saja. Malam tadi berkemungkinan malam Lailatul Qadar katanya. Adakah keadaan awan tu kerana hamparan sayap Malaikat Jibrail????

P/S Cuma percaya sms tentang kenaikan harga petrol kalau datang dari Sherry, kawan lama di Klang. Bolehlah kami kuar isi minyak kereta. Sebab apa tau... Cik Laki dia owner stesyen minyak!!! Nak tulun kawan...hihihi

Artikel berkaitan:

Buka Posa Dengan Geng Bas Sekolah

21 Ramadan lepas, ada majlis berbuka puasa bersama guru, kakitangan dan AJK PIBG di sekolah. Nilah tempat paling sesuai kerana sebelah dengan masjid. Tak perlu risau cari masjid nak berterawih


Mula dengan bacaan tahlil. Sekolah kita tak ada surau......wat kat kantin sekolah

Macam-macam ada..

 Hari ni makan berasingan la dengan 3 Abdul. Pahala masak, pahala hidang, pahala layan tak dapatle hari nikan Cik Fauziah kan...Tak pe..tak pe...ada pahala lain boleh cover, insya-Allah.

Pulut kuning+gulai ayam ni tak termasuk dalam menu caterer.. Ada orang tunai hajat.....

P/S Selalu makan 4 beranak. Bila makan ramai-ramai begini teringat suasana berbuka bersama 11 adik beradik plus mak dan abah di kampung dulu-dulu. Walaupun hanya satu dua menu sajian... lepas terawih, takde sisa di atas meja. ...Syahdunya..

Artikel berkaitan:

Membisik Di Pasar Bisik Part 2

Perkara pertama bila tiba di sini...check nelayan dah balik ke lum...
9 lebih (pagi)....satu demi satu bot nelayan memunggah naik hasil tangkapan

Besarnya pari! Nak masak apa besar2 macam ni? Berapa agaknya harga yang dibisikkan.
Kata depa, ni pari tembaga . Dalam air...dia warna kuning.

Udang putih L plus M 

Wah.....jumpa udang putih bersaiz L nih. Yang bersaiz kecil ada yg terlompat-lompat lagi.
Apalagi bah.....jangan lepas peluang berbisik.

Tercari-cari kelibat pakcik yang menolong kami minggu lalu. Tak nampak bayang!!! Kena usaha sendirilah hari ni.
Tapi...Anim cukup risau kalau Apek ikut sama bisik. Siapa Apek? Hasil pemerhatian Anim sejak tiba, dia ni selalu je menang membisik dalam setiap "pertandingan membisik". Dapat pulak..... hasil tangkapan yang cantik . Apek berseluar pendek ni pandai letak harga dan banyak duit....tu sebab dia menang!!!

Tepat jangkaan Anim...dia join sekali lah kat longgokan udang ni. Bila tiba giliran Encik Suami membisik, dengan pantas si penjual terus tunding jari kat Encik Suami, "hah...dapat kat dia!"
Apek dan 3 saingan lagi bertanyakan penjual, "Berapa dia letak?"
"50...50" ujarnya.
Note : Seronoknya menjinjing udang putih L balik ke kereta!
-----------------------------------------------------------------------
Menu berbuka dari udang yang keluar dari Dapur Anim petang itu....

Butter prawn...yummy

Pai tee @ top hat

P/S Kami ni mengagak harga berdasarkan harga yang biasa nampak dipasar. Tak kisahlah...janji dapat udang segar bugar dari laut. Rezeki nelayan lah, Tak perlu khidmat orang tengah untuk menjual hasil tangkapan. Pendekata....mereka sendiri tentukan harga.  


Artikel berkaitan:

Nak Bau Masjid Baru....


Minggu lepas tak berpeluang masuk sini.....minggu ni line clear. 

Satu tingkat.....bau masjid baru....tak lepas peluang bersolat di atas carpet tebal lembut

 Saja nak tunjuk kat hangpa yang belum pernah berkesempatan ke sini
--------------------------------------------------------------------

  Dalam tazkirah Ustaz Shahul Hamid kelmarin, sedekah ada 2. 

1) Sedekah syabil : sedekah beri orang makan, sedekah sabun tangan kat masjid...dll...pendekata sedekah yang diguna pakai hingga habis.....pahalanya dibayar sekaligus@"lump sum". Contoh...beri makan orang berpuasa...habis depa  makan, habislah pahala

2) Sedekah jariah: sedekah yang berterusan pahalanya sampai bila-bila digunakan. Dirikan masjid, bina jalan tar ke masjid, bina surau.....macam-macamlah. Pendekata senang lenang di alam barzakh kerana "pahala" masuk mencurah-curah.

P/S Tak mampu nak bina masjid, bina madrasah....wakaf masjid, madrasah (jual ikut kaki) pun jadilah...


Artikel berkaitan:

Pengembaraan Di Alam Barzakh di Masjid Taman Keladi


Dalam bulan Ramadhan, 2,3 kali seminggu  tazkirah dengan ustaz berlainan diadakan di Masjid Taman Keladi, Sg.Petani. Rasanya keadaan serupa di mana-mana masjid di SP. Tu seronok dok SP ni....banyak majlis ilmu diadakan di masjid...mahu ke tak mahu sahaja.

Malam tadi, tazkirah oleh Ustaz Shahul Hamid . Ustaz ni terkenal di sebelah utara. Cuba layan kuliah dia di You Tube. Suaranya nyaring..dan tegas orangnya. Jemaah memenuhi ruang masjid. Anim bersolat di tingkat atas (di bawah ruang solat muslimahnya kecil).Selepas 8 rakaat berterawih dan witir, tazkirah bermula dengan sunnah dan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW menjelang 10 malam terakhir. Ustaz Shahul juga mengatakan malam 21 Ramadan merupakan malam Lailatul Qadar jika puasa jatuh pada hari Isnin mengikut pandangan para ulamak.Isi tazkirah ni tak payahlah Anim sentuh di sini.

Menjelang 11 malam....lampu di dalam masjid dimatikan. Suasana di dalam masjid gelap gelita. Beginilah keadaan kita nanti di alam barzakh. "Tiada siapa yang menemani kita. Hanya amal yang dibawa" ujarnya.  Aduhhh...suasana gelap gelita sunyi sepi menjadi medan tangisan kami, para jemaah wanita di tingkat atas. Bunyi latar dan getaran suara Ustaz menyentuh hal-hal dosa-dosa kita...meninggalkan kesan di jiwa. Persis siri Sentuhan Qalbu di Halaqah TV9. Istimewanya kami...di dalam masjid, tanpa sebarang cahaya....kesannya lagi syahdu.

Tangisan jemaah wanita dikeliling Anim makin kuat. Untungnya...kami tak nampak wajah masing-masing. Kami diminta supaya tidak "ambil peduli" kawan di sebelah kiri kanan,di depan dibelakang kerana itulah nanti gambaran di Padang Masyhar. Masing-masing hanya risaukan diri masing-masing. Memandangkan malam 21 Ramadan ini berkemungkinan malam Lailatul Qadar, Ustaz meminta para jemaah mengikut doa yang dibacanya di dalam hati dulu dan barulah kami berdoa sendiri nanti. "Bukan semua orang memperoleh Lailatul Qadar. Mungkin ada dikalangan jemaah di dalam masjid ini yang doanya diterima Allah."

Rata-rata semua jemaah memberikan jawapan yang sama "BELUM BERSEDIA" tika ditanya tentang kematian dan persediaan menghadap Allah. Anim juga tidak terkecuali andai ditanya. Adakah kita mampu mengelaknya jika ianya berlaku begitu cepat tanpa kita duga?

WAHAI TUHAN, AKU TIDAK LAYAK KE SYURGAMU..NAMUN TAK PULA, AKU SANGGUP KE NERAKAMU
TERIMALAH TAUBATKU, YA ALLAH, TERIMALAH TAUBATKU..
Marilah kita menghadap Allah tanpa dosa yang kita bawa bersama.....

Pengembaraan berakhir hampir 12 malam. Telekung masing-masing sudah lecun dek airmata.
Alhamdulillah....kesan yang Anim perolehi malam ini, Anim anggap rezeki dari Allah. Mudah-mudahan hari esok lebih baik dari malam ini.

P/S Malam Lailatul Qadar adalah anugerah istimewa Allah SWT untuk insan terpilih ~ yang membaiki diri dengan puasanya hingga bersih rohnya. Itulah antara hikmah Lailatul Qadar yang diletakkan di 10 akhir Ramadhan. Allah SWT melihat kepada perubahan hamba-hamba-Nya untuk layak dapat anugerah itu. Siapalah yang tidak mengimpikan malam Lailatul Qadar....Kita yang menjalani ibadah puasa, apabila ditemukan dengan Lailatul Qadar yang pahalanya ialah PAHALA 1000 TAHUN BERIBADAH.

Artikel berkaitan:

Khatam dengan Quran Pintar


Sebak dan menitik airmata bila antara isi doa khatam Quran yang dibaca :

"Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa kami hidup di dunia sebagai sahabat , dan di dalam kubur sebagai kawan yg mesra, dan pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat, dan di atas sirat (jalan) sebagai cahaya penyuluh dan semasa menuju je Syurga sebagai teman pengiring, dan sebagai pelindung dan pendinding dari api neraka........"

Kenapa nak hebohkan fasal khatam Quran walhal oranglain khatam berkali-kali pun tak heboh? Niat kerana Allah Taala. Anim ingin berkongsi pengalaman Anim menggunakan Al Quran Pintar ini (bagi individu yang kurang fasih, kurang lancar dan terkial-kial macam Anim....).

Sebaik Mushaf Tajwid Al-Tasneem berada di tangan pada malam Nisfu Syaaban, 17 Julai lalu, Anim memulakan bacaan pertama, Alfatihah dengan "bergurukan" qari kegemaran iaitu Sheikh Abdul Baset Abdul Samad (Allahyarham). Anim melalui pengalaman menyeronokkan.Tak terasa ingin berhenti. Lepas satu surah ke satu surah. Nak baca...nak baca...nak baca hingga timbul "ketagihan".

Selepas selesai setiap surah...Anim akan mendengar terjemahan BM yang disampaikan oleh Dato' Ustaz Mahamud Abdul. Terjemahan beliau amat menarik. Anim tak sabar-sabar nak habis setiap satu surah yang dibaca kerana teruja nak tahu "ceritanya".

Oleh kerana pen ini boleh di bawa ke mana-mana,Anim dapat menjimatkan masa mendengar terjemahannya melalui speaker (ear phone) sewaktu memandu, sewaktu rehat sebentar di kerusi mahupun waktu rehat mengajar. Pen reader ini menggunakan bateri AAA, so Anim menyimpan stok bateri dan tidak menghadapi masalah untuk mengecas pen sepertimana pen reader syarikat lain.

Subhanallah....mendengar terjemahan ayat/surah dari pen reader ini mampu membuatkan kita sebak dan menitiskan airmata. Perasaan gerun menyelubungi ketika terjemahan surat An-Naziat diperdengarkan petang tadi. Perasaan ini tidak muncul waktu MEMBACA terjemahan dari Digital Furqan tapi rasa takjub, gerun, takut dan insaf hadir ketika MENDENGAR terjemahan surah..

Ya Allah...bimbinglah kami ke arah kebenaran dan jalan yang lurus dengan keberkatan Al-Quran...

Buat sahabat dan silent readers yang berhajat untuk memilikinya,jangan tangguh-tangguh lagi. Ketepikan soal harga (Anim beli RM550), ketepikan soal malu (dah tua-tua pun tak reti baca lagi). Syukurlah ajal belum menjemput kita lagi.

Niatkan kerana Allah....insya-Allah Allah permudahkan hajat kita...percayalah nilainya jauh besar dari sangkaan kita.

P/S Berazam untuk menghadiahkan harijadi sendiri hujung tahun nanti dengan mengkhatamkan Al-Quran, insya-Allah.


Artikel berkaitan:

Nak tahu bila malam Lailatul Qadar?

Sempat mendengar dan menyalin isi ceramah agama di Radio Kedah FM jam12 tengahari tadi. Tak perlulah Anim huraikan tentang puasa..sedekah yang dihuraikan Ustaz tadi. Rasanya para readers lebih arif dan banyak maklumat serupa di blog lain.

Namun yang membuat Anim ingin berkongsi dengan readers  yang tak berkesempatan mendengarnya tadi bila Ustaz membuat statement seperti tajuk entry di atas.

Menurutnya; mengikut pandangan ulamak, oleh kerana puasa tahun ini jatuh pada hari Isnin (1 Ramadhan)..maka malam Lailatul Qadar dijangkakan pada malam 21 Ramadan.

Tanda-tanda Lailatul Qadar dari risalah Ramadan 1432H, Unit Dakwah & Surau SKS

1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk
2. Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik
3. Tidak terasa kepanasan di siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang benderang

SEMOGA ALLAH MEMPERTEMUKAN KITA DENGAN MALAM LAILATUL QADAR ~ KEISTIMEWAAN YANG TIADA TANDINGNYA

P/S Bagi orang perempuan yang uzur syarie....pertemuan tidak semestinya atas tikar sejadah. Lakukanlah ibadat lain yang dibolehkan...wallahua'lam

Artikel berkaitan:

Saya suke Allah, Madam...

Minggu ni tajuk sepatutnya "Let's Eat". Masuk satu kelas Tahun 1 yang kebanyakannya murid-murid cerdik, riuh-rendah kelas bila kad bergambar dan buah-buahan yang Anim bawa dari rumah, ditunjukkan kepada mereka.

Next topic, "I Wear". Olehkerana tak plan dengan tajuk ni...Anim mulakan dengan "What do your wear to school?". 2 model lelaki dan perempuan , tunjukkan uniform sekolah yang sepatutnya dipakai ke sekolah.

Di akhir pelajaran, sorang demi sorang menunjukkan hasil kerja depa..

Murid 1
Nice drawing...good!

Murid 2:
  "You can draw very well...good boy"

Murid 3:
 Good girl...

Murid 4:
  "Haaaa....can you tell me about this picture?"

"Ni sayalah Madam. Main wau (layang-layang)"

Bila ditanya kenapa tak berbaju dan bentuk apa wau yang dilukis, Madam tak pernah jumpa pun (tak tengok teliti).

Jawabnya, itu Wau Allah .
Tambahnya, " Saya suka Allah. Biaq la wau saya naik tinggi. .. Biar DIA nampak"

Hmmmm...terkedu Madam dengar jawapan kamu. Akal kanak-kanak ni tak terjangkau oleh kita.

P/S  Kadang-kadang tak terlayan kerenah murid terlebih fikir nih....

Artikel berkaitan:

Bukan tak nak buat...tak buleh buat!

Dari google

Terkejut jam 7 pagi tadi terima call dari Emma (adik ipar) di Kluang. Risau berita keluarga di Johor...
Tarik nafas lega....bila diberitahu tujuannya menelefon...
"Kak Nim, kita nak tanya...kak Nim guna tepung aiskrim ke buat biskut aiskrim?"
Biskut aiskrim???  Wah...kenangan lama mengimbau kembali
 Note : Orang Johor membiasakan diri sendiri (saya) tu dengan "kita"
----------------------------------------------------
Jangan tak tahu...sebelum mai SP..biskut raya keluar dari dapur I sendiri tau!
Sempatlah menjual tart nenas, biskut aiskrim, coklat hand made dan beberapa lagi nama..
Bukan kerana cari duit raya...minat mengadun doh...bau biskut dibakar....orang suka biskut kita...ceh..ceh.
Tapi jual kat rakan-rakan terdekat je, tenaga kerja terhad maaa...
Banyak2 biskut, biskut aiskrimlah yang ramai peminat.
Kak Zu, Mazlina di SKBB Klang dan adik ipar Anim ni fan no.1!!!
(sanggup sorok  dari anak-anak dan adik-beradik)
----------------------------------------------------------
Tapi....sejak mai SP 2 tahun ni, 3 kali beraya di sini...satu biskut pun tak buat. Bukan tak nak buat.....tapi Encik Suami tak beri buat. Dia sanggup mencari dan membeli biskut raya!!!!  
Sayang bebenor ke dia kat Cik Bini dia ni haaa? Atau ada sebab????

 Faktor 1 : Dia penat bila Cik Bini minta tolong bawa turun, bawa naik ambil mixer atas almari buku.. 2 tahun dah terperap di situ..... Hello, rumah kami duduk ni tak de kitchen kabinet yaaa

Faktor 2 : Baking tools, oven dan seangkatan dengannya ada di stor belakang. Tak cukup masa nak mencari. Cukup masa bila kena pindah lagi. Hello...dalam rumah dah tak boleh letak, luar rumah pulak kasi simpan.

Faktor 3 : Oooops, no picture. Sensored....baru selesai masak berbuka, masih berkecah periuk belanga. Dapur rumah ni....sorang je boleh masuk. Hello....kalau 2 orang...boleh berlaga punggong, mana mau letak dulang pembakar....mana mau terap doh????
Memang SAH tak boleh buat biskut raya......
-------------------------------------------------------------------
Sedih je kakak ipar ni bila dia beriya-iya mahu Anim sms resepi biskut aiskrim secepat mungkin,

"Kita nak sangat makan ni. Harap-harap sebelum bersalin"
Adik ipar Anim ini menunggu hari saja kelahiran anak ke2 nya. 

P/S Kesian Emma...bukan kak tak nak buat tapi TAK BULEH buat!!!!

Artikel berkaitan: