Home · About Me · Sitemap ·

Mata Kucing Jadi Kenangan



Pokok buah mata kucing ni kurus melidi waktu kami baru berpindah ke sini 2 tahun lalu. Agaknya hasil baja asli haiwan ternakan yang pernah kami dan sedang kami bela di bawahnya....tu diaaaa....lebat buahnya dan rimbun pokoknya.

Dengar cerita, pokok ini ditanam oleh adik tuan rumah (tinggal di rumah ini) ketika mula-mula menduduki taman perumahan Semi D di sini. Tuan rumah kami, khabarnya seorang guru  dan tinggal di Kuantan . Dia tak pernah tinggal di rumah ini (tak pernah jumpa...tak pernah tengok muka...sms dan bank in duit sewa saja). Bagaimanapun adik tuan rumah kami ni meninggal dunia  kerana serangan jantung mengejut. 

Walaupun arwah tidak berpeluang menikmati hasil tanamannya....berpanjangan pahalanya kerana kami yang hidup ini dapat menikmati kemanisan buah mata kucing ini.

P/S  Tunggu seminggu lagi...besar sikit...manis lagi....(insya-Allah sebelum puasa) untuk dihulurkan kepada jiran, surau dan masjid berdekatan. 


Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Mata Kucing Jadi Kenangan"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai