Home · About Me · Sitemap ·

Kitab Berharga Peneman Setia.


Walaupun kita tidak melakukan dosa besar namun sebenarnya kita sentiasa melakukan dosa-dosa kecil tanpa disedari. Dosa-dosa kecil apabila dikumpulkan, maka ia akan menggelapkan hati kita dan menghalang dari menerima petunjuk Allah.Perbanyakkanlah sujud kepada Allah melalui amalan solat sunat. 
---------------------------------------------------------------
     Terjumpa "kitab berharga" di atas di kedai jahit Auntie  sewaktu pergi menempah baju tahun lalu.Walaupun Auntie ini berbangsa Cina, of course pelanggannya semua Melayu. Teringat kata-kata Auntie tu, "Buku ni bagus. Dia (penulis buku) ni kata kalau jumpa orang susah, bagi free sahaja. Tapi kamu cikgu, bayarlah RM15".
----------------------------------------------------------------------------
"Kitab berharga" terbitan Pn.Hjh Hafsah L.Hussain, pengetua cemerlang di SMK Bandar Sg.Petani, Kedah ini berlainan sekali dengan buku-buku panduan ibadat@solat sunat yang ada dipasaran. Dia menyediakan beberapa pelan mengikut kesesuaian kita. Contohnya, apakah solat2 sunat yang boleh kita lakukan sebelum dan selepas solat fardu. Anim tak jumpa pelan solat yang ditunjukkan dalam buku-buku lain. Ada pelan 1-pelan 7 yang disediakan.Begitu juga dengan pelaksanaan solat sunat Dhuha, Tasbih, Tahajjud dan sebagainya. Ada pelan solat mengikut kemampuan kita yang disediakan. Doa-doa dalam bahasa Arab yang ditulis pun besar-besar hurufnya. Sesuai sangatlah untuk mata Anim yang dah nak mula rabun dekat ni,
Buku ini juga sesuai untuk anak-anak kita yang akan mendirikan peperiksaan kerana lengkap dengan doa untuk peperiksaan dan pakej solat sunat ke arah kecemerlangan. 
Nak Anim tunjukkan pelan yang dimaksudkan rasa bersalah pula kerana Hak Cipta Terpelihara. Amanah yang dipikul; sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa cara sekalipun. Mudah-mudahan dengan cara mempromosi "kitab berharga" tak setanding dengan harganya ini dapat Anim memanjangkan keberkatan ilmu. 
------------------------------------------------------------------
Olehkerana "kitab berharga" ini tiada dalam pasaran, bolehlah berhubung dengan penerbitnya sendiri (namanya tercatat dalam buku ini)

Pn. Hajjah Hafsah bt L.Hussin
No.207, Persiaran Cinta Sayang
08000 Sg.Petani, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-441 5493

P/S Maaf Pn.Hjh Hafsah kerana mempromosi buku berharga ini tanpa keizinan....

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Kitab Berharga Peneman Setia."

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai