Dalam kitab Nasoihul Ibad, karangan Imam Ibnu Hajar Al Asqalani menyatakan bahawa Saidina Umar ibnu Khattab r.a berkata " Sesungguhnya anak dan cucu syaitan ada 9 keturunan"
2) Syaitan A'wan ~ syaitan yang suka menipu daya serta memujuk rayu para pemimpin, raja-raja dan seumpamanya.
3) Syaitan Haffat ~ syaitan yang mendorong manusia agar suka meminum arak serta apa-apa yang memabukkan.
4) Syaitan Murrah ~ syaitan yang cuba merosakkan manusia melalui hiburan seperti sukakan muzik yang melampau serta mengkhayalkan.
5) Syaitan Masuth ~ syaitan yang cuba merosakkan manusia melalui kejahatan lidah seperti mencetuskan fitnah, berita bohong, berita palsu dan seumpamanya.
6) Syaitan Laqqus ~ syaitan yang cuba merosakkan manusia dengan cara menggoda agar meninggalkan agama Islam. Laqqus akan menghasut manusia agar mensyirikkan Allah SWT. Laqqus akan menghasut manusia agar menganut agama Majusi, Yahudi dan sebagainya. Laqqus akan berusaha untuk menyimpangkan manusia dari jalan kebenaran.
7) Syaitan Watsin ~ syaitan yang akan mengganggu, merosakkan bayi dan anak-anak (kandungan gugur)
8) Syaitan Dasim ~ syaitan yang sungguh disayangi oleh Iblis. Dasim akan merosakkan manusia dengan cara memecah-belahkan rumahtangga. Dasim akan menggoda serta menghasut si suami agar berlaku jahat pada isteri dan akhirnya melafazkan cerai. Dasimlah yang akan menggoda serta menghasut si isteri agar derhaka kepada suami dan mencari jalan untuk minta diceraikan.
9) Syaitan Walhan ~ syaitan yang akan mengganggu serta merosakkan manusia dengan mengacau manusia yang sedang melakukan ibadah ketika berwuduk, solat dan seumpamanya.
Ada satu lagi syaitan yang bernama Abyah. Dia akan datang kepada ahli ibadah, para wali dan para alim ulama lalu berusaha untuk menyesatkan mereka. Bermakna bila besar serban si ahli ibadah, maka besar lagilah pangkat si syaitan yang akan datang menyesatkannya.
*Petikan dari buku Kembara Hati Di Tanah Suci oleh Ustaz Ghazali Ibrahim*
P/S Syaitan pun ada kabinet yang tersusun rapi...ada cara khusus merosak serta menipu daya manusia agar di akhirat nanti....ramai manusia akan sama-sama dihumban bersamanya ke dalam neraka...Naudzubillah....
Belum ada komen untuk "9 Keturunan Syaitan"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai