Mengajar kelas 1C mengundang banyak kesabaran. Olehkerana hari ini kelas mereka berada di hujung waktu pulang, mereka sudah get ready nak balik. Masing-masing sudah tak ada mood nak belajar...nak balik, lapar nasi kot!
--------------------------------------------------------------------------
Tajuk minggu ini "My Favourite Toys". Mula-mula riuh-rendah suara kelas bila introduction set menyentuh soal mainan yang mereka ada di rumah. Wah...seronoknya bercerita tentang mainan lori, keretapi, PS2, PSP.....tergambar dari riak wajah masing-masing. Tu belum lagi part depa menggayakan mainan depa ngan kawan-kawan sebelah meja.
-------------------------------------------------------------------------
Sekarang tiba part latihan bertulis (gambar di atas). Arahan Anim mudah saja...(translation)
"Ada 6 gambar mainan di dalam gambar. Kamu pilih 4 sahaja yang kamu suka. Lepas tu, tulis dan warnakan 4 mainan yang kamu dah pilih itu"
Arahan mudah. Aktiviti taklah mengelirukan. Namun...seorang guru tidak boleh menganggap anak muridnya faham kehendak soalan. Bila ditinjau kerja mereka seorang demi seorang..aduh...cikgu fenin...fenin...
Anim : "Ni kenapa tulis dan warna 2 gambar sahaja?"
Murid 1 : Saya suka mainan robot dengan reta (kereta). Yang lain saya tak suka.
Anim : "Satu saja yang awak tulis? Doll saja? Mana 3 lagi?
Murid 2 : "Budak pompuan main doll, main teddy bear . Teddy bear tak dak la Madam.
Anim : "Laaa..satu pun awak tak buat, tak kaler..faham tak apa saya suruh tadi?
Murid 3 : "Kat rumah saya tak dak satu pun permainan ni. Saya suka moto, lori, lori bajak, lori traktor....(spesis cakap tak leh berhenti)
Anim : "Dah..dah. Sekarang tulis dan warnakan 4 mainan dalam gambar ni. Suka ke, tak suka ke, kamu pilih 4"
P/S Hampir 22 tahun jadi guru Tahap 1...nampaknya tetap dan berpencen!
Belum ada komen untuk "Cikgu Tahun 1"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai