Ni bukan situasi semalam.....
Makan malam di rumah kami ber4 malam tadi bertukar suasana bila Encik Suami tiba-tiba memberitahu si Abdul supaya cari isteri yang tidak pernah duduk asrama bila nak kahwin nanti.
"Kenapa Bah?"
Alasannya, budak perempuan duduk asrama tak pandai masak. Si Abdul cerewet makan. Makan nak sedap saja,katanya.
" Abis, Ummi dulu duduk asrama tak ?" pandai pula si Abdul pusing balik.
Tergelak bila Encik Suami kata kerana tak duduk asramalah Anim pandai masak. Iyalah tu. Tambahnya lagi, Embah (MIL) pun tak duduk asrama. Eh, ke situ pulak. Dah tentu zaman MIL tak de asrama. Nak "goreng" lah tu. Ni sudah lebey..
(Lebih 20 tahun berkahwin..nilah dengar pujian dari mulut Encik Suami sendiri. Dah berat mulutlah katakan. Nak tahu dia sedap...tengok pinggan nasi dia. Kalau licin berkilat, menambah 2 senduk bermakna sedaplah. Kalau sedikit je dijamahnya...tau-tau sendiri)
Anim konon-konon nak bela kaum sendiri. Anim kata, sebab budak-budak perempuan sekarang pandai-pandai. Semua duduk asrama. Bila dah kahwin nanti, tau lah bertanggungjawab. Pokok pangkalnya...rajin mencuba, rajin ke dapur.
Namun ditolak mentah-mentah oleh Encik Suami. Kalau tak biasa ke dapur, mana datang rajin. Budak-budak perempuan sekarang, jenuh dipanggil, disuruh tolong emaknya di dapur. Mana ada keinginan nak buat kerja dapur Ooo..pengalaman bersama anak-anak saudaralah ni ya..
Tambahnya lagi, depa memanjang duduk dalam bilik, menghadap laptop. Orang lelaki ni katanya pada si Abdul, kena ikat kat "perut". Walaupun kerjanya menuntut di selalu berada di luar daerah, makan kat tempat hebat, cantik tapi perutnya lebih mengarah kepada masakan isteri di rumah. Waduh..boleh kembang hidung I nih...
Dengan seriusnya, si Abdul berjanji akan mencari bakal isteri yang tidak pernah duduk asrama.
P/S Kena tunggu 20 tahun akan datang baru tahu kebenarannya!!!
alam rumahtanggalah yg ajar sy soal masak memasak nih...memanjang salin resepi. kak anim, share mai resepi mee rebus, aih! hahahaha.....:) - ~soffy~
BalasPadamhaha, tunggu....!!
BalasPadam