Home · About Me · Sitemap ·

Pulau Payar Marine Park

Surprise...balik kerja petang Khamis, Encik Suami bagitau plan nak bawa kami ke Langkawi. Macam lipas kudung packing baju malam tu. Nasib baiklah kerja "packing memacking" memang pakar. 2 Abdul kena kerah siapkan kerja sekolah. Jumaat 4.30 pagi, kami bertolak ke Jeti K. Perlis. Kena naik feri pertama (7 pagi)  sebab pihak tour suruh berkumpul di Jeti Kuah jam 9.30 pagi.

Perjalanan dari Jeti Kuah ke Pulau Payar dengan boat laju mengambil masa 40-45 minit. ( sama jauh perjalanan Jeti K.Perlis ke Jeti Kuah). Dalam jam 11 pagi tiba. 
Seronoknya dapat menjejakkan kaki ke salah sebuah pulau paling popular di Langkawi. Pulau Payar terkenal dikalangan pelancong dengan aktiviti snorkling, menyelam dan berenang. 
Diberi 2 pilihan samada berada di pantai atau di platform. Memikirkan anak-anak...pantai lah pilihan paling tepat. Lebih-lebih lagi bila depa dengar boleh feed baby shark di pantai.

Tak sabar-sabar dah nak masuk air...jernih airnya hingga nampak dengan jelas ikan-ikan yang mengerumuni. (Khabarnya bulan 5@6, air lagi jernih)

Si Abdul yang sabar menunjuk ajar Umminya. Orang lamalah katakan...zaman muda dulu tak teringin pulak. Dah tua2 ni...dek kerana anak2 masih kecil...kenalah turut serta. Dah didemonstrate pun masih tak dapat2..lembab tul murid dewasa ni..

Aksi peminat air.....
Adiknya? Hanya berani main di gigi air sahaja...bila ikan-ikan mendekati...cabut lari naik ke atas..heee


Anim tak nak lepas peluang snorkling, swimming, bagi makan kat ikan..baby shark pun ada....dah bayar mahal ni. RM140 seorang dewasa dan RM120 seorang kanak-kanak

Inilah rupa lunch yang diberikan. Kena la bawa extra makan dan mineral water. Bekalan air bersih tak ada..electricity tak ada..kedai makan pun tak ada. Semua masih natural beb...tiada pencemaran...bersih pulaunya...

Berjalan sepanjang jeti...melihat coral dan pelancong mandi manda..Minat depa berjemurlah.
 Dah usia lebih 4 dekad...barulah merasa snorkling. Dekat 5 jam di sini, tak terasa begitu cepat masa berlalu.

P/S Tak boleh bawak atuk dan nenek ke sini....astagfirullahhal'azim sajalah tak lepas dari mulut...

Artikel berkaitan:

4 Komen untuk "Pulau Payar Marine Park"

  1. wow...bestnya. Esok saya akan ke sana... 3 hari 2 malam di sana.

    BalasPadam
  2. bestnye....brapa pakej u amik ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rm 140 utk dewasa, rm120 utk kanak-kanak termasuk bot dan lunch. Tak taule rate sekarang.

      Padam

Komen anda amat dihargai