Home · About Me · Sitemap ·

Sri Pumpong dan Mee Abu@Alor Setar

Perut merayu minta diisi elok sahaja keluar dari Pusat Sains Negara Wilayah Utara. 

2 Abdul merengek kelaparan dan kehausan. Tak ada kafeteria di Pusat Sains Negara. Encik Suami membawa kami makan di S R I  P U M P O N G.
 Ish...peliknya nama kedai makan kat Alor Setar ni.. 

  Kata Encik Suami, restoran Sri Pumpong cukup popular kat Alor Setar. Malah Tuanku Puteri Shafinaz pun suka makan di sini..Oooh..dia bukan saja arif tentang tempat2 makan area Kedah malah tahu cerita mengalahkan orang Kedah sendiri..hohoho...
 
Bila tengok deretan kereta dan kesukaran cari parking....sahle memang terkenal. Rupa2nya PUMPONG tu nama tempat. Jangan keliru sebab ada 2 restoran guna nama "Pumpong" juga area situ.Encik Suami suka makan kat sini kalau ada urusan di Alor Setar. Pelbagai lauk ada di sini..Tau2 sajalah kalau dia bawa kami makan bermakna dialah yang kena order.

Pilihannya lauk kampung la. Semangkuk keladi asam rebus, sepinggan kecil daging bakar, sambal belacan dan ulaman (free)

 semangkuk lala, 1 keli goreng, 1 keli bakar, 2 ketul ayam kampung goreng

Si Abdul kecil ni mula2 merajuk tak nak makan...lastly dia paling akhir sekali selesai makan! 
Sedap memang sedap..Cukup rasa masakan kampungnya. Menu ber4 macam ni RM53..huhu..

Kami kemudian ronda-ronda Alor Setar jap. Adalah dalam 2 jam. Alang kepalang ke Alor Setar, dibawanya Anim menikmati M E E  A B U. Tak jumpa restoran Mee Abu di SP!

Restoran Mee Abu banyak di Alor Setar. A B U tu bukannya nama orang yaaa. Tau tak kenapa dinamakan MEE ABU?

Dapur depa guna arang la, bukan gas. Tu sebab timbul nama A B U.  
Sib baik takde restoran  M E E  G A S..hihi  

Sedap bila dimakan panas-panas. Ada MEE ABU goreng kering, ada MEE ABU berkuah. So, kena habaq betui2 kat mamak kedai tu nooo..... 


P/S Mesti nak tahu rahsia disebalik sesuatu nama....

Artikel berkaitan:

3 Komen untuk "Sri Pumpong dan Mee Abu@Alor Setar"

  1. Boleh tak bg address or landmark utk restoran Pumpong nmpk sngt menarik. Tq

    BalasPadam
  2. tak pastilah nama jalan
    yg boleh diberitahu..berdekatan
    dengan Kedah Medical Centre, Alor Setar

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai