Hmmm.....guard di rumah tinggal 2 ekor sahaja. "Letih" dengar depa "memekak" sejak akhir2 ni. Ni bukan cerita 18SX tau. Si anak 2 ekor tu kebetulan jantan semuanya. Iyalah...anak "bujang" mulalah menggatal. Haiwan ni bukannya macam manusia, tau itu mak dia..bapak dia..anak dia. Bila dah besar....dah macam angsa2 lain la. Jadi, si anak 2 ekor tu...mulalah mengejar si betina (emak).
Tapi...ibarat "budak mentah".. mana reti lagi...maka bisinglah si betina dan pasangannya (bapak angsa)..Aduhhh...pagi petang, siang malam berbunyi saja. Apek kedai haiwan di BPJ offer RM80 seekor sebelum puasa lagi.Telur pun dia nak kalau ada..nak eramkan kot. Nak jual tak? Jual? Tak? Lastly.....keputusan bersama dicapai.
Rendang angsa
Diupah untuk sembelih, proses dan masak semasa majlis hari raya di sekolah Jumaat lalu. Rasa gembira melihat rakan-rakan guru dan kakitangan sekolah menikmati hidangan rendang angsa ini. Tambah teruja bila ramai yang mengatakan itulah kali pertama mereka merasa hidangan angsa. Komen mereka, sedaaaappp, manis dagingnya. Alhamdulillah... Tunggu angsa bertelur lagi ya kalau ada rezeki...
P/S Seronok sangat sebab membuatkan oranglain teruja merasa sesuatu yang tidak pernah mereka nikmati sebelum ini. Ada rezeki...leh sembelih lagi.
Belum ada komen untuk "Korban Syawal"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai