Terjumpa gerai istimewa ini sewaktu pusing2 mencari Kem Lapangan Terbang (Tentera) Sg.Petani di Sg.Layar balik sekolah hari ini. Konon2 nak survey tempat dan masa kerana esok kena bertugas Perkhemahan Unit Beruniform di situ. 2 Abdul teruja betul bila Anim berhentikan kereta di depan gerai ini apatah lagi bila tengok gambar rusa di banner tersebut. "Ummi..nak makan rusa... nak makan rusa"
Gerai bawah pokok aja.
Anim sempat interview tukang masak..Daging rusa dibekalkan dari Baling rupanya. Hidangan rusa ini disediakan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis sahaja. Dah rezeki kami hari ini, dalam kawah besar di depan gerai (jam menunjukkan jam 2.45 petang) tinggal berbaki 3 ketul cukup2 untuk hidangan kami petang ini.
P/S Harga "lunch meal" kami ber3 tadi cuma RM16.40 sahaja...
Belum ada komen untuk "Enaknya Gulai Daging Rusa"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai