Home · About Me · Sitemap ·

Cikgu Bahasa Yang Pening...

Satu cabaran bila mengajar bahasa di sekolah yang kuat loghat negerinya. Pengalaman mengajar di Kedah tak sama dengan mengajar di Johor dan Selangor. Bagi cikgu2 yg memang berasal dari Utara, mungkin tak menjadi masalah. Tapi kalau yang asal dari Selatan ni, garu kepala tengok ayat murid tulis. Ini baru Tahun 1. Kalau yang besar lagi. macam-macam ayat timbul.

Budak2 Tahun 1 kelas Anim ni pulak suka request Anim untuk bercerita selepas selesai buat kerja bertulis. Sampai dah abis modal nak bercerita. Kena cari cerita yang gempak sikit, yamg depa tak biasa dengar. 

Setakat cerita Cinderella, Raja Katak, Beauty and The Beast...buat abih air liur je. Depa dah tau ending...tak saspen. 

Yang best bila tengah syok bercerita tu...ada translation part. Bahasa Melayu baku ke loghat utara. Sib baiklah ketua darjah Anim, beribukan orang Selangor...bolehlah tolong Anim translate mana2 yang depa tak faham.


Sewaktu bertugas di perhimpunan pagi Ahad, tertanya-tanya jugak...faham ke depa ni dengan apa yg Anim ucapkan. Melopong je tengok. Tapi bila dengar cikgu-cikgu lain berucap...semua guna loghat Utara...ada respon pulak. Dah nak masuk setahun ni, bolehlah selit2 sikit loghat Utara tapi buruk bunyi idhamnya...hahahaha...

P/S Pengalaman manis

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Cikgu Bahasa Yang Pening..."

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai