Diam tak diam, bulan Ogos ini cukup setahun Anim berada di Sg.Petani. Eh....macam baru sahaja menjejakkan kaki di utara ni. Selain makanan yang pelbagai dan berbeza dengan tekak Johor...ada ilmu baru yang Anim pelajari iaitu loghat Kedah. Siapa gurunya?? Siapa lagi kalau bukan anak2 murid khasnya dan kawan2 amnya. Banyak perkataan baru Anim dapat dari anak2 murid Anim yg comel2 dan banyak mulut tu..Kadang2 mereka akan kata, "Madam cakap apa..cakap orang KL ke..kami tak faham". Hahaha..., tunggulah setahun lagi...terrorlah nanti..
Anim perturunkan beberapa loghat Utara..mengikut perbualan dgn mereka sehari-hari.
1) Murid 1: Madam, D contiang buku saya.
Anim: Contiang??
Murid 2: Haah, ni tengok. (Sambil tunjuk buku yang sudah diconteng)
Anim: Hmmm, conteng. CON bunyi apa?
Semua: CON...
Anim: TENG bunyi apa?
Semua: TENG....
Anim: Habis tu, kenapa jadi CONTIANG?
2) Anim: Namakan barang-barang keselamatan yang perlu ada di rumah kamu.
Murid 1: Ubat luka.
Murid 2: Toslet..
Anim: Barang-barang, bukan bahagian di rumah kamu. Toilet bukannya barang.
Monitor: Toslet la Madam. Bukan toilet.
Anim: Macamana rupa toslet?
Murid 2: Kita wat suluh dalam gelap la Madam.
Anim: Laa, torchlight. Ooo, orang Kedah guna bahasa Inggeris utk cakap lampu picit ya.
3)Murid 1: Madam, Zaim pengkaq...
Anim: Tak baik kata kawan pekak. Nanti Allah balas kat awak pulak, haa, baru tau..
Murid 2: Pengkaq la Madam. Bukan pekak...macam ni..(sambil menggayakan orang kaki tempang)
Anim: Laa..tempang? Kenapa Zaim?..
Zaim: Jatuh moto. Kena enjos motor ayah saya..
Anim: Enjos??? Ni mesti ekzos ni..
P/S Pelajaran akan bersambung lagi, hahaha..tunggu..
Ni lah "guru-guru bahasa Utara" Aneem . Tahun 1 Pintar. Guru tak bertauliah terutama si monitor |

Belum ada komen untuk "Mari Belajar Bahasa Utara"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai