Alhamdulillah, Ahad 6 Jun, kesemua 12 aktivis ke Gaza selamat tiba di tanahair. Kami dalam perjalanan pulang ke Johor dari Kuantan semasa berita ketibaan mereka di KLIA malam tadi. MIL telefon Encik Suami memberitahu Pak Cik Baie akan pulang ke Johor. Kenduri kesyukuran akan diadakan di rumah Mak Ngah di Kulai, Johor selepas Asar (Isnin). Allah permudahkan urusan kami untuk turut serta dalam kenduri itu kerana Encik Suami berhajat untuk turun ke KL untuk menemui bapa saudaranya sebelum pulang ke SP.
Berita Harian, Isnin 7 Jun 2010.
Pakcik Ba'ie memeluk Fateh, anak ke2 bongsu. Si bongsu, berbaju merah..Bashir, 8 tahun. Di belakang Bashir, anak sulongnya,Fatimah, anak perempuan tunggal dalam 5 beradik. Isterinya, Dr.Fauzana bt Ishak, berkacamata dan bertudung putih.
Bersama bonda, semua adik-beradiknya dan isteri
Dr. Arba'ai b. Shawal adalah antara 12 aktivis ke Gaza yang melalui pengalaman ngeri diserang di atas kapal Mavi Marmara dan ditahan oleh tentera Israel. Pakcik Ba'ie ialah bapa saudara Encik Suami. Anak ke 5 dari 6 adik-beradik, 4 perempuan dan 2 lelaki. Bagaimanapun abangnya telah meninggal dunia akibat serangan jantung lebihkurang 4 tahun lalu. Pakcik Ba'ie lah satu2nya anak lelaki Embah (nenek). Kasih sayangnya pada Pakcik Ba'ie tiada tolok bandingnya..malah semua kekanda dan adindanya sangat menyayanginya.
Pakcik Ba'ie mempunyai perwatakan lembut, bersuara perlahan dan sentiasa tersenyum (sesuai dgn profesionnya). Namun disebalik semua itu, tersimpan semangat kental, waja, tak tahu takut dan ingin berjuang yg membanggakan kami. Kalau sebelum ini beliau sering terlibat dgn misi kemanusiaan seperti di Acheh...keinginannya untuk ke Palestin selalu diuar-uarkan kepada adinda dan bondanya. Nampaknya melalui HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia, impiannya termakbul.
Embah (mak Pakcik Ba'ie) baru tahu apa yg terjadi kepada anaknya apabila Pakcik Ba'ie selamat pulang ke tanahair. Sebelum ni "heboh2" di TV...dia tidak dimaklumkan kerana bimbangkan kesihatan dirinya...tu dia sayu...
Dengar penjelasan dari mulut Pakcik Ba'ie sendiri sementara menanti ketibaan kariah masjid dan penduduk blok Felda Pengeli Timur
Jamuan selepas majlis doa selamat
Semua mendengar pengalaman dan cerita sebenar serangan ke atas kapal Mavi Marmara dan kisah di penjara Israel dari Pakcik Ba'ie
Belum ada komen untuk "Selamat Kembali Wira Gaza"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai