Malam masih awal lagi selepas pulang dari Pasar Malam Satok. Jalan pun lengang. Football fever. Otw balik hotel, singgah jap Waterfront.
Pekena aiskrim goreng tapi digoreng dengan roti...bukan dengan bancuhan tepung. Layan ajalah RM2.50 satu
Tertarik dengan design yang direka penjual ini. Tak ada plan nak beli sebab maklum Sarawak mana ada mutiara. Menurut penjual, mutiara dari Sabah dan dia buat sendiri. Memang lain dari kebiasaan. Terpikat dengan black pearl dan harga yang dibisikkan ditelinga. Jauh berganda harga yang kawan setugas jual ni...Ummi dah rambang mata..
Anak dia ni cukup berkenan dgn Si Tembam. Siap diberi bangle lagi. Muka macam familiar. Rupa- rupanya sering masuk TV..Tom Tom Bak dan berlakon drama
Hmmm...nilah yang Anim berkenan. Set ini RM70 sahaja..necklace, bangle, cincin dan brooch.
2 bracelet dari batu firuz dan bangle ini tak sampai RM80.
P/S Penjual ni ada waktu malam sahaja. Berniaga tepi kereta..
Belum ada komen untuk "Waterfront kuching"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai