Home · About Me · Sitemap ·

Tragedi Medan Part 1

Sewaktu "overhaul" harta karun dalam fridge, Anim terpandang satu bungkusan plastik. Dah lama plastik itu berada di situ tapi baru hari ini tergerak hati untuk memeriksanya." AS..Apotik Siti Hajar".

Ubat ini milik Si Abdul sulung sewaktu ke Medan tempohari. Masih teringat lagi peristiwa dia sakit perut di sana. Kecut perut dibuatnya.. Itulah pengalaman pertama bawa mereka keluar dari Malaysia. Kalau masih dalam negara sendiri, taklah rasa bimbang sangat kerana rekod anak masih ada di sini. Ni di luar Malaysia pulak tu. Ini merupakan satu pengajaran dan pengalaman buat Anim. Pemakanan anak-anak mesti diawasi ketika berada di luar negara. Kita patut ambil langkah berjaga-jaga. Puncanya dari kesilapan Anim sendiri.. Tidak sensitif dan peka dengan keadaan sekeliling.

Alkisah, malam sebelum itu, selepas dinner di hotel, kami pulang ke bilik untuk berehat. Perjalanan ke Danau Toba dari Berastagi amat memenatkan. Makanan yang dihidangkan tidak memenuhi tekak kami. Masing2 makan sedikit sahaja. Terasa haus dan lapar pulak bila dah sampai ke bilik. Telefon pihak hotel...minta dihantar jus buah dan goreng pisang berkeju ke bilik. Anim dan Encik Suami order kopi manakala si adik, jus tembikai. Jus belimbing yang diminta Si Abdul sulung tiada, lalu ditukar ke lime jus. Anim perasan dia tidak dapat menghabiskan minumannya dengan alasan terlalu masam.

Pagi selepas breakfast, Si Abdul sudah mengadu sakit perut. Dibawa ke tandas pun tak berkurangan. Bila sudah berada di atas bas, keadaannya semakin teruk. Bas meneruskan perjalanan ke Medan. Tahu ajalah jalan raya di sana.. Mana nak jumpa klinik tepi jalan. Dia dah mengerang kesakitan. Aduhh...menitik airmata Anim melihat dia menahan kesakitan. Encik Suami pun dah mengelabah dan tidak senang duduk. Anim baringkan dia dan usapkan Vicks yang sentiasa berada di dalam handbag...namun masih tidak berubah. Agaknya kerana kepenatan, dia tertidur, Bagaimanapun bila terjaga, dia menangis semula. Dalam fikiran dah terbayang lime jus yang diminumnya malam tadi!!

Perjalanan ke Medan mengambil masa 3 jam. Setibanya di Medan, sewaktu ahli rombongan menikmati makan tengahari di sebuah restoran Padang, Encik Suami membawa Si Abdul ke klinik dengan menaiki motosikal salah seorang pekerja restoran. (Bertiga satu motor!).45 minit kemudian, mereka ber2 pulang ke Restoran Padang tadi. Si Abdul masih mengerang kesakitan. Nak berjalan pun payah.

Encik Suami menyuruh Anim bersedia pulang ke Malaysia petang ini. Tak kisahlah berapa harga tiket. Kesihatan anak perlu diutamakan. Menurut Encik Suami, hasil pemeriksaan doktor mendapti perutnya keras. Dia nak dimasukkan ke wad, tapi bila Encik Suami beritahu mereka pelancong dari Malaysia, doktor cancelled plan. Geram betul bila doktor kata dia "sembelit" tak membuang air besar! Encik Suami berkeras meminta diberi ubat gastrik.

 Istana Maimoon

Selepas disuapkan ubat, dia tidur lagi dipangkuan Anim. Lena sungguh sampaikan sewaktu kami tiba di Istana Maimoon, dia masih lagi lena dan Anim tinggalkan dia di dalam bas bersama seorang nenek yang turut serta dlm rombongan itu. "Biar nenek jaga, nenek tak laratlah nak jalan jauh sana."..Baik sungguh hati nenek..

Bagaimanapun sebaik tiba di hotel penginapan di Medan, Anim kejutkan dia dan memujuknya naik tidur dalam bilik hotel. Sebaik sahaja check in, elok pulak dia bermain-main dengan si adik. Aik, biar betul budak ni.Legaaaaa....dia kembali sihat dan cergas seperti biasa.. Kalau tak, tak fasal2 kita dah kuar duit lagi cari tiket balik Malaysia nak oooiii.... Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah kerana sakit Si Abdul sulung tidak berpanjangan walaupun setelah tiba di SP.

P/S Jadikan ini satu pengajaran ...Bimbang pisang berbuah 2 kali.

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Tragedi Medan Part 1"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai