Home · About Me · Sitemap ·

Suatu petang....

Semalam masa Anim mengisi minyak kereta di Petronas Bandar Mutiara, SP, Anim didatangi oleh seorang kanak-kanak lelaki yang memakai bag sandang hitam sambil memegang buku resit. Sambil berdiri sebelah kereta Anim, dia memberi salam dan menerangkan dengan panjang lebar tentang balm yg dijual dan memberitahu hasil jualan itu akan disalurkan ke sebuah pusat tahfiz.

"Dah makan dik?"...biasalah dah jam 5 petang, tengok muka kuyu sahaja, naluri seorang ibu mesti tanya fasal makan dulu..
"Dah"..  tunduk tanpa memandang wajah Anim.
"Darjah berapa sekolah? Tak sekolah ke hari ini?"..
"Darjah 4. Saya sekolah pagi.".
"Datang dengan siapa?"...perasaan ingin tahu Anim membuak-buak. "Dengan van cikgu."...

Hajat hati ingin berbual panjang tapi ada kereta menunggu giliran. Anim hulurkan RM10 . Semasa dia hendak menyuakan balm dan sekeping resit...Anim snap gambar dia dgn handphone. Sepantas kilat dia berpaling..dan hilang tiba-tiba..."Eh, mana pulak dia pergi ni?".

Sewaktu Anim meneruskan perjalanan, dari cermin kereta Anim perhatikan rupa-rupanya dia "menyorok" di belakang lori kecil yg sedang mengisi minyak.. Elok sahaja dia nampak kereta Anim berlalu...dia muncul semula dan menuju ke pelanggan baru pula. Hmmmmm...nak salah kan siapa?? Kesian lihat kanak2 seusia dia diajar meminta derma..Walaupun apa sahaja niat dan tujuan, baik dan buruk, Anim rasa kanak-kanak sekolah tidak wajar dieksploitasi untuk mengutip sumbangan atau derma untuk mana-mana pertubuhan. ..

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Suatu petang...."

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai