Home · About Me · Sitemap ·

Happy Mother's Day@Cinta Sayang

 Petang sebelum tiba rumah, suami dah call suruh siap2.  
"Abah nak bawa kuar makan. Semalam Hari Ibu, tak sempat nak bawa kuar. Badan penat travel."
Ala, tak pe..better late than never. Dah wish "Happy Mother's Day dgn anak-anak pun dah kembang hati ni... Iyalah tu....kalau orang nak celebrate untuk kita...yahoooooo...
Saspen mana dia nak bawa Anim. Di SP ni payah nak cari tempat yang "special" untuk celebrate something. 

Kami tiba Cinta Sayang Golf Resort jam 6.45 petang. We are the only family there. Rupa-rupanya ada Majlis Steambot bersama Armor Diraja, SP..army la tu... malam nanti. Semua meja dah direserved. Ada 1 meja je kosong.. Pihak management membenarkan kami masuk. Dia kata kalau lebih 4 orang, manager tak beri masuk. Dah duduk, teruslah ambil order. Dalam hati..ntah pukul berapa la order nak sampai sebab semua pelayan sibuk menyiapkan meja tetamu. Tapi takpelah..musolla pun disediakan..tak perlu rush nak balik.

Hmm..tak sampai 20 minit...satu demi satu hidangan tiba di meja. Wah...cepatnya. Rezeki...rezeki.. Lum sempat panas punggung...Apalagi..sedia untuk...santap...

Ummi jugak yang sibuk..macam kat rumahlah....

Bila menjelang maghrib..penuh dah ruang makan di mana Anim dan family berada. Mereka dari Army Diraja sibuk membuat testing peralatan mereka sambil2 practise nyanyian dan alatan muzik di situ. Ada 2 lagu yg mereka persembahkan untuk percubaan..Haha..Animlah tumpang seronok. Ada persembahan percuma semasa makan..

Dah ready nak balik...majlis mereka pun nak bermula..

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Happy Mother's Day@Cinta Sayang"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai