Rabu, 29 Februari 2012

Soal jawab bersama Dato' Dr.Haron Din

dari google
SOALAN:
Betulkan pendapat yang mengatakan orang miskin akan masuk syurga beratus tahun lebih dahulu daripada orang kaya pada hari Akhirat?

JAWAPAN:
Ya, memang betul. Ini bukan sahaja pendapat bahkan sudah menjadi kenyataan berdasar keterangan-keterangan yang wujud dalam Islam. Ini kerana, orang kaya akan menghadapi banyak masalah ataupun persoalan berkenaan kekayaan yang dimilikki, sedangkan orang miskin tidak banyak masalah berkaitannya. Menurut pendapat penulis, adalah lebih baik menjadi orang miskin yang tidak susah daripada menjadi orang kaya yang tidak senang. Walau bagaimanapun, berikut adalah hadis yang menerangkan berkenaan hal itu.

"Saya melihat di dalam syurga, kebanyakan penghuninya adalah golongan susah dan saya perhati di dalam neraka, kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita"

"Orang susah masuk syurga awal 500 tahun sebelum orang kaya iaitu bersamaan separuh hari"

"Wahai Tuhan, Hidupkanlah saya dalam keadaan miskin dan matikanlah saya dalam keadaan miskin dan tempatkanlah saya dalam kumpulan orang miskin pada Hari Kiamat nanti"

Dan banyak lagi keterangan yang menunjukkan kelebihan dan kebaikan orang miskin. Tetapi jangan pula seseorang itu sengaja mendedahkan dirinya bagi tujuan menjadi orang miskin. Apa yang dimaksudkan di sini adalah mereka yang sama-sama berusaha dan bekerja seperti oranglain juga, tetapi nasibnya kurang baik ataupun mungkin ditakdirkan oleh Allah hidup dalam keadaan miskin. Namun mereka tabah, sabar dan sekali-kali tidak melakukan perkara yang dimurkai Allah, malah mereka redha dengan ketentuan Allah dan berpada-pada dengan apa yang ada.


SOALAN:
Apakah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu disukai ataupun dikasihi oleh Allah ataupun sebaliknya?

JAWAPAN:
Dalam konteks ini, cerita ini dapat membantu kita mengetahui ciri-ciri orang yang dikasihi Allah. Seorang sahabat yang bernama Zaid Alkhair bersusah payah datang dari jauh semata-mata hendak berjumpa dan bertanyakan kepada Nabi Muhammad satu soalan yang beliau ingin mengetahuinya. Soalan itu adalah apakah tanda-tanda yang Allah itu kasihkan kita.

Selepas beliau menemui Nabi Muhammad dan mengajukan soalan itu, Nabi Muhammad terlebih dahulu bertanya kembali kepadanya,

"Apakah yang terlintas dalam fikiran saudara apabila saudara bangun dari tidur? Apakah yang saudara ingat pada setiap masa dan sebagainya?"

Lalu dijawab oleh Zaid dengan penuh kejujuran,

"Saya sentiasa memikirkan  kebaikan, sentiasa mengingati kebaikan dan suka kepada orang yang melakukan kebaikan dan sekiranya boleh, saya akan sentiasa melakukan kebaikan sepanjang hidup saya"

Kemudian Baginda menjawab,

"Ya, Itulah tanda orang seperti itu dikasihi oleh Allah. Sebaliknya apabila seseorang sentiasa ingat dan berfikir ke arah kejahatan dan kemungkaran serta sering melakukannya, maka itu menunjukkan orang seperti itu dibenci oleh Allah"

Dalam konteks ini, Allah mengulangi beberapa kali ayat berikut dalam Quran dan salah satunya dalam surah Al-Baqarah ayat 195:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berbuat kebaikan"

~Wallahua'lam~

P/S Petikan dari buku Dato' Dr Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian bersama Ishak Din & Abu Hassan Din




Selasa, 28 Februari 2012

Kajian ke atas Al Quran

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".    (Al-Israa', 17:88)

Perkataan
Makna
Bilangan di dalam Al-Quran
Al-Dunya
Dunia
115
Al-Akhira
Akhirat
115
Al-Malaikah
Malaikat
88
Al-Shayateen
Syaitan
88
Al-Hayat
Hidup
145
Al-Maut
Kematian
145
Al-Rajul
Lelaki
24
Al-Marha
Perempuan
24
Al-Shahar
Bulan
12
Al-Yaom
Hari
365
Al Bahar
Laut
32
Al- Bar
Darat
13

Dengan mencampurkan bilangan perkataan laut dan darat, hasilnya adalah 45. Pengiraan mudah berikut menunjukkan:

  • 32/45 X 100% = 71.11111111 %
  • 13/45 X 100% = 28.88888888%
Sepertimana yang kita sedia maklum , ini adalah peratus air (laut) dan daratan di bumi.

P/S Sumber : Kenapa Al Quran oleh Mohammad Kayum A. Badaruddin


Ahad, 26 Februari 2012

Tawaf dalam keadaan telanjang


Keindahan berada di Mekah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebaik sahaja memijak bumi Mekah, perasaan gembira bercampur hiba akan bermain dalam jiwa sesiapa sahaja. Tetapi para pembaca sekalian, lebih gembira sekiranya kita dapat rasakan amal ibadah kita di sana mendapat keberkatan Allah. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku, seperti yang pernah diceritakan oleh seorang kawan saya. Apa yang diceritakannya membuatkan saya lebih yakin dan bertawaduk untuk beribadah kepada Allah.

Kata kawan saya itu, suatu petang semasa di Mekah, dia berehat sambil mendengar radio. Setiap kali musim haji, setiap petang radio Saudi akan mengadakan ruangan soal jawab haji. Pendengar radio yang mempunyai masalah haji akan menelefon dan soalannya akan dijawab oleh seorang ulama besar negara tersebut.

Sedang kawan saya mendengar radio, tiba-tiba dari terdengar satu panggilan telefon dari seorang wanita. Wanita itu tidak bertanyakan soalan, sebaliknya mahu bercerita mengenai mimpinya.

"Silakan! Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab," kata ulama terkenal itu.

Wanita itu terus bercerita. Menurut wanita itu, di dalam mimpinya dia melihat ada seorang lelaki sedang tawaf dalam keadaan telanjang. Tiada seurat benang pun yang menutupi tubuhnya, sedangkan disekelilingnya para jemaah sedang bertawaf dalam berpakaian berihram.Wanita tersebut berasa pelik, kenapa lelaki itu dalam keadaan sedemikian semasa melakukan tawaf wida'.

Ulama itu terdiam seketika. Dia kemudian menjawab dengan memetik sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Mana-mana manusia yang pergi menunaikan haji, tidak memaki hamun oranglain, tidak berbuat fasik, tidak bercakap perkara nafsu, maka dia akan pulang ke tempat asalnya seperti bayi yang baru lahir (mendapat haji yang mabrur dan terampun segala dosa, bersih seperti bayi baru dilahirkan)."

Selepas membacakan hadis tersebut, ulama tersebut berkata,

 "Berdasarkan hadis itu, pada pandangan saya terhadap mimpi puan ialah, orang yang dilihat telanjang itu mendapat haji yang mabrur. Dirinya kembali bersih seperti seorang bayi yang baru dilahirkan. Sekiranya puan mengenali lelaki itu, sampaikanlah berita gembira ini kepadanya"

Mendengar saja jawapan ulama tersebut, wanita itu dengan suara penuh emosi dan sebak berkata,

"Demi Allah, ya sheikh...orang yang saya lihat telanjang di dalam mimpi saya ialah tuan syeikh sendiri!"

Apabila mendengar kata-kata itu, ulama itu terus sebak dan menangis. Rancangan soal jawab itu terus ditamatkan dan bersambung pada keesokan harinya. Sewaktu mendengar jawapan wanita itu, airmata kawan saya juga turut mengalir.

P/S Airmata Anim juga turut mengalir bila membaca kisah ini.

~Petikan dari Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah (Produksi Mastika). Diceritakan oleh Ustaz Hj Syed Mohd Norhisyam al-Idrus(Bekas Mursyid dan Mentor Imam Muda Musim pertama, panel Tanyalah Ustaz dan Halaqah TV3 dan juga pendakwah bebas)~



Jumaat, 24 Februari 2012

Apa perlu dilakukan oleh waris si mati?

 carian google

Ceramah agama slot Halaman Keluarga , Radio Kedah fm tengahari Jumaat  masih mengenai kematian. Kalau sebelum ini Ustaz bercerita tentang Sakaratul Maut sini dan sini., minggu ni Ustaz Fadzil Hj Hassan sentuh bab tugas kita sebagai waris si mati.

Bila diyakini kerabat kita telah sah mati:-

1) Pejamkan mata si mati.
Roh dicabut dalam keadaan sonsang..dari kaki naik ke ubun-ubun. Si mati dapat memandang rohnya secara langsung. Ada diantaranya yang matanya dalam keadaan celik. So, rapatkan(pejamkan) mata si mati.

2) Tanggalkan pakaian si mati masa sakit.

3) Bersihkan (lap) bahagian qubul dan dubur si mati kerana orang akan datang membacakan Yassin dan ayat Al-Quran.

4) Buat "senaman ringan" dengan mengenggam jari-jarinya, lipat tangan ke bawah, dari betis ke peha dan peha ke perut. Kalau perlu, gunalah minyak@losyen bertujuan untuk melembutkan badan si mati untuk mandi jenazah. Jenazah yang masih baru, badannya masih lembut.

5) Letakkan di atas katil (tempat lebih tinggi).

6) Ikat kain di dagunya hingga ke kepala (ubun). Kain biarlah lebar sedikit. Ini bertujuan agar mulutnya tidak terbuka(ternganga). Ia juga bertujuan mengelakkan masuk serangga. Tambahan pula nampak "keji"(bahasa Ustaz) bila orang pandang. Ustaz bagi contoh...kalau si mati tak bergigi.. Keji tu nampak "hodoh" kot..

7) Luruskan kakinya dan ikat dibahagian kaki @ hujung kaki

8) Qiamkan tangan (seperti dalam bersolat)

9) Letakkan sesuatu di atas perut si mati bagi mengelakkan perut buncit (masuk angin). Ada sesetengah jenazah yang meninggal di waktu petang dan dikebumikan keesokan harinya. Ini salah satu sebab. Ada sesetengah dari kita yang meletakkan gunting kerana percaya bila dilangkah kucing, si mati akan jadi hantu. Itu kepercayaan khurafat kata Ustaz. Tapi kalau bertujuan seperti di atas (elak masuk angin) tak apa. Ada sesetengah masyarakat guna tanah yang dibungkus dengan kain. Cuma jangan letak mushaf (Al-Quran) atas perut si mati.

10)Tudungkan dengan kain bersih.

11)Seelok-eloknya jenazah diurus oleh kaum keluarga dan waris terdekat. Menurut Ustaz, bila waris uruskan sendiri, kita akan buat dengan lebih ihsan. Haram jenazah diuruskan oleh musuh si mati. Contoh: orang mati digantung, orang yang menggantung tak boleh mandikan jenazah. Begitu juga orang yang berdendam dengan si mati.

12) Ini ialah tuntutan fardu kifayah, kena peka akan jenazah. Semasa mengurus jenazah, Ustaz minta kita baca " Bismillahi wa'ala millati rosulillahi shallallahu ‘alaihi wassalam ". Ia boleh dibaca sewaktu memandikan, sewaktu angkat jenazah, masuk dalam liang lahad,pendekata masa urus jenazah.

13)Bagi waris terdekat, harta faraid si mati jangan dibelanjakan kecuali setelah diselesaikan segala hutangnya..hutang dengan Allah (jika belum haji, hajikan), zakat dan fidyah si mati selesaikan dulu. Begitu juga jika si mati berhutang dengan manusia. Segerakan bayar hutang si mati. Lepas settle hutang, barulah harta si mati difaraidkan.

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah SAW:

"Roh seseorang mukmin terpenjara dari tempat yang mulia disebabkan hutang sehinggalah hutang itu dilunaskan"

Bagaimana nanti nak bayar hutang di akhirat jika tak dilunaskan? Masa itu duit tak ada..Menurut Ustaz, bila dibicarakan di Mahkamah Akhirat, orang yang menanggung hutang dan tak dilunaskan sehingga dia mati maka akan (diambil) digantikan kebaikannya dan diberikan kepada orang yang dia berhutang..

*Ustaz suruh amalkan doa yang diajar Rasulullah SAW untuk elak berhutang dan mudah untuk bayar hutang. (Doa ini ada dalam Wirid Al-Mathurat Rasulullah SAW)

"Allahumma Inni a’udzubikaminal hamni wal hazan. Waa’udzubika minal ajzi wal kasal. Wa a ‘udzubika minal jubni wal bughl. Waa’udzubika min gholabatiddaini wa qahrirrijal"

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan. Dan aku berlindung padaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

`Wallahua'lam~

P/S Entry panjang...untuk ingatan diri sendiri dan semua yang sudi membacanya. Maaf andai ada typing error..


Khamis, 23 Februari 2012

Kasihan Anak Ini....


Dia akan menangis setiap pagi setiap kali tiba sekolah. Bila dipujuk, ok sekejap. Lepas rehat, hilang. Bila dicari, nun berdiri di depan kelas kakaknya (Tahun 6). Dia kerap minta izin ke tandas. Kadang2 dia minta izin untuk pulang sekejap ke rumah dengan alasan ingin membantu ibunya di rumah. Mula2 Anim sangkakan dia belum dapat menyesuaikan diri dengan kawan2 sekelas Tahun 1 maklumlah dia anak bongsu dan lelaki tunggal pulak.

Kelakuannya sedikit pelik.  Kedua tangannya sentiasa berada di dalam kocek seluar. Walaupun Anim ni bukan guru kelasnya tapi entahlah ..Anim ni "alert" dengan persekitaran Anim. Anak ini nampak bermasalah.  Anim perhatikan kelakuannya sejak 2 minggu lalu. Alangkah terkejutnya bila Anim dapati...dia akan mengutip segala benda tercicir di dalam kelas dan memasukkan ke dalam kocek seluarnya!!! Dan tambah terkejut, kerana enggan mengeluarkan tangannya yang sentiasa berada dalam kocek seluar...dia membuka kotak pensil dengan giginya...

Kemuncaknya minggu lalu, ketika Anim sedang mengajar di kelasnya, dia meminta izin ke tandas. Lama juga Anim tunggu dia masuk semula ke kelas. Dalam 5 minit, dia dipimpin oleh seorang budak lelaki Tahun 6 menuju ke kelas. "Saya jumpa dia kat belakang tandas. Dia kutip sampah kat situ, lepas tu kan cikgu, dia masukkan sampah-sampah tu dalam kocek dia" .

Anim memberitahu kaunselor sekolah tentang hal ini. Wah..kali ni terkejut bila mendapati plastik bungkusan, daun-daun kering, tali, pensil kontot, kertas dan kertas kotak penuh di kocek seluarnya kiri kanan. Jawapannya..dia mahu kelas dan kawasan sekolah bersih. Sampah sarap itu dimasukkan ke dalam kocek untuk dibakar di rumah!Selepas "rahsia"nya terbongkar, kerap kali dia hilang dari kelas. Dia "bersembunyi" di sebalik almari di ruang membaca.

Alhamdulillah, ibubapanya dapat menerima laporan yang diberi oleh kaunselor. Mereka juga tidak keberatan ikut bersama-sama kaunselor untuk sessi perjumpaan dengan pakar psikiatri minggu lalu. Anak ini rupa2nya mengalami tahap "anxiety" yang serius. Anak ini merasakan kawan-kawan sekelasnya semuanya jahat. Bimbang tangannya kotor kerana memegang benda-benda di kelas...tu sebab tangannya asyik dikepal dalam kocek seluar...

Pada pendapat Anim, memang wajar anak2 dididik tentang kebersihan di rumah tapi jangan MELAMPAU sangat. Sesekali dia nak bermain tanah atau hujan apa salahnya. Sesekali kakinya luka akibat terjatuh basikal, tak mengapa. Biarlah....itu pun salah satu cabang mendidik juga untuknya. Biarlah kalau baju depa kotor kerana makan coklat atau aiskrim kerana bila mereka menempuh alam persekolahan...mereka akan berdepan dengan suasana kantin, rakan-rakan berbagai ragam, aktiviti lasak padang, tandas sekolah yang tak sama dengan rumah depa. Anak ini mungkin tak biasa terdedah dengan bebudak lelaki yang lain ..budak ni budak baik, tak lasak, duduk dalam rumah sahaja, bercampur dengan kakak2 dan mak bapak saja. Bila masuk ke alam persekolahan....tension jadinya..

P/S Itu belum lagi tekanan yang perlu dihadapi bila mereka menempuh alam universiti mahupun pekerjaan..



Selasa, 21 Februari 2012

Proton Tuah...

Dari google

Tak pernah-pernah blog Anim ni cerita fasal kereta kan?
Bukan apa...dok bersembang dengan salesman Proton tadi..
Katanya 4 bulan lagi, muncullah Proton Tuah ni...
Ada iras kereta apa agaknya?
Aduhai...dah 7 tahun tak bau kereta baru...hihihi....
(Insya-Allah, setakat ni dapat menahan NAFSU berkereta baru.....)

P/S Barang makan, kos perubatan makin tinggi ....kena berjimat dengan apa yang ada..

.


7 tahap bisikan syaitan


Imam Ghazali dalam Minhajul Abidin:Petunjuk Ahli Ibadah menjelaskan, syaitan melakukan tipu daya godaannya kepada manusia melalui tujuh tahap:

1. Syaitan membisikkan kepada manusia supaya tidak mentaati perintah Allah sehingga menjadi kufur dan ingkar.

2. Syaitan membisikkan kepada manusia supaya menunda-nunda melaksanakan ibadah kepada Allah.

3. Syaitan membisikkan kepada manusia supaya bersegera dalam beramal dan mengerjakan kebaikan sehingga tidak khusyuk serta memikirkan agenda lain.

4. Syaitan membisikkan kepada manusia bagi menjalankan amal kebaikan secara sempurna supaya tidak dicela orang lain sehingga menjadi riak dan ibadah itu tidak dilaksanakan semata-mata kerana Allah Taala.

5. Syaitan membisikkan pujian halus dan samar kepada orang yang beramal sehingga menjadi sombong tanpa disedarinya.

6. Syaitan membisikkan kepada orang yang beribadah secara rahsia supaya tetap beribadah secara rahsia sehingga tidak diketahui dan disembunyikan daripada oranglain dengan maksud supaya ilmunya tidak bermanfaat dan tidak dapat dijadikan sebagai teladan baik kepada oranglain.

7. Syaitan membisikkan kepada ahli ibadah dengan memberitahu ibadahnya sudah lulus dan dia tidak perlu beribadah lagi. Syaitan menggoda manusia melalui pendekatan takdir di mana takdir manusia sudah ditetapkan baik dan buruk sebelum manusia diciptakan, lalu untuk apa lagi mereka beribadah?

~ Biografi Nafsu Manusia oleh Muhammad Hasan Al-Basri ~


Isnin, 20 Februari 2012

Memetik Hikmah Dari Setiap Peristiwa


Pada suatu ketika ada seorang raja yang soleh menderita satu penyakit. Supaya si raja dapat sembuh, seorang tabib menyarankan agar raja memakan sejenis ikan. Atas izin Allah SWT, ikan itu tidak dapat ditemui. Padahal seharusnya pada ketika itu biasanya ikan jenis itu akan muncul. Akhirnya mangkatlah si raja yang soleh itu kerana tidak mendapat ubat.

Sebaliknya di negara lain, ada seorang raja yang juga mengidap penyakit yang sama seperti raja sebelumnya. Tetapi raja yang satu ini bukan raja yang soleh, melainkan raja yang zalim. Lalu si tabib pun menyarankan untuk memakan ikan yang sama seperti ubatnya. Tapi anehnya, walaupun biasanya pada waktu itu, ikan jenis itu tidak muncul, tetapi Allah SWT berkehendak lain. Ketika itu ikan tersebut mudah sekali diperolehi dan sembuhlah raja yang zalim itu.

Dengan kejadian itu, malaikat pun bertanya-tanya. Disebabkan rasa ingin tahu, malaikat bertanya kepada Allah SWT:

"Ya Allah, kenapa raja yang zalim itu Kau permudahkan urusannya, sedangkan raja yang soleh itu Kau sulitkan hingga akhirnya dia meninggal dunia?'

Lalu Allah SWT menjelaskan:

"Sengaja Aku tidak memberi kesembuhan kepadanya dan Aku putuskan dia meninggal dunia kerana dengan kematiannya, Aku anggap sebagai penggugur dosanya dari kesalahan yang pernah dilakukan di dunia. Sehingga dia meninggal dunia tanpa membawa dosa melainkan membawa amal-amal soleh. Ini kerana keburukannnya telah kubalas di dunia"

Malaikat melanjutkan pertanyaannya:

"Jadi bagaimana dengan raja yang zalim itu ya Allah?"

Allah SWT pun menjelaskan kembali;

 "Untuk raja yang zalim itu sengaja aku beri dia kesembuhan kerana aku hanya mahu membalas kebaikannya yang sedikit di dunia. Sehingga pada saatnya dia meninggal dunia, dia tidak akan membawa amal kebaikan sedikitpun melainkan dia hanya membawa dosa"

Sumber: Agar Allah Selalu Memberi Jalan Keluar : Abu Firly Bassam Taqiy

P/S Yakin terhadap Allah SWT bahawa segala peristiwa yang dikehendak-Nya akan memberikan hikmah besar terhadap kita...hambaNya.



Sabtu, 18 Februari 2012

MAGIK..semalam ada, hari ni takde..


2 hari lepas, kuar duit di ATM..
Baki di akaun..oh no...2 x ganda dari sepatutnya (bukan banyak mana pun...tengah bulanle katakan)
Bila kabo kat Encik Suami,
"Lupalah tu...ada masuk duit lain ke?"
Nak kabo, Anim ni kalau benda lain mungkin lupa, tapi tang duit INGAT SOKMO.

Hari ni hujung minggu..
Dek kerana Encik Suami bertapa di Langkawi, 3 hari..
Anim bawalah anak2 bersiar-siar (di shopping complex!)
Manalah tau kot ada yang berkenan di hati...p la cucuk duit di ATM (berbaki 2x ganda kan!)
Alamak.....apa dah jadi?
Baki akaun dah kurang 2 kali ganda (memang angka sepatutnya 2 hari lalu!)
MAGIK...sekejap ada..sekejap tak ada..
Bila kabo kat Encik Suami,
"Laa..kenapalah tak kuarkan semua sekali hari tu!"
Biasalah...itu jawapan skema..
KALAUlah aku tahu hari tu....

P/S Selama ni dengar cerita kawan-kawan dan saudara mara tentang duit magik, kejap ada kejap tak ada ni. Tak sangka kena kat kita sendiri. Dan jawapan yang biasa Anim berikan juga kepada depa, "KALAUlah hangpa kuarkan semua hari tu...." Pernah alami peristiwa duit magik ni?


Kehidupan sebenar menantimu di alam barzakh....

Al-Fatihah buat Ismadi bin Hj Ismail
(24 Januari 1971 - 16 Februari 2012)

Entry ini sepatutnya dipost semalam. Oleh kerana tidak dapat pulang ke Johor untuk menziarahi dan mendapat cerita tepat mengenai sebab arwah sepupu Anim ni meninggal dunia, Anim simpan dulu dalam draft.

Arwah yang tidak ada sebarang penyakit sebelum ini meninggal dunia kerana demam campak (chicken pox) sejak Isnin lalu. Dari Allah kita datang..kepadaNya kita kembali. Petang Khamis (sebelum Maghrib) arwah meninggal dunia dalam tidur. Arwah meninggalkan 3 anak perempuan dan seorang lelaki.

Jenazah telah dikebumikan selepas solat Jumaat semalam. Takziah buat kesemua anak-anak, keluarga ayahanda saudara Anim terutama Pakcik Mail (En) yang kalau dahulu ...... tangannya menyambut kelahiran Allahyarham ..kini dengan tangannya jugalah beliau menguruskan pengkebumian anak sulung 5 beradik itu yang kesemuanya lelaki.

Patutlah status dalam wall FB nya sejak kebelakangan ini berbaur perpisahan. Video klip Rabbani: Pergi Tak Kembali dan Sudirman :Salam Terakhir bagaikan menjadi tanda buat kami yang tak menyedarinya..malah bila membaca status arwah yang tertera "teringat pada arwah ibu" (meninggal dunia 33 tahun yang lalu ketika dia berusia 8 tahun) membayangkan seolah-olah dia terasa ajalnya semakin hampir. Dan tambah mengharukan, menurut adik arwah, arwah sebelum ini bekerja di Ampang. Dia baru berpindah balik ke Johor dan baru sehari bekerja di Kulai!

Pergilah Adi menemui Pencipta mu. Insya-Allah, kami akan menyusulmu kelak. Kehidupan sementara di dunia ini bakal digantikan dengan kehidupan kekal buat selama-lamanya. Doa kami yang masih diberi Allah kesempatan untuk bernafas....semoga dirimu ditempatkan bersama-sama dengan golongan beriman.

P/S Kepada readers, mohon disedekahkan Al-Fatihah  kepada arwah. Mudah-mudahan, bila giliran kita pula menyusul...ada pula insan lain yang tidak dikenali sudi menyedekahkan Al-Fatihah buat kita.



Saat-saat Sakaratul Maut (2)

Sambungan dari Part 1

PERANAN ORANG YANG SAKIT(BERAT)

Ustaz memberitahu di kala orang sakit (berat) membaca Surah Al Ikhlas sebanyak 100x kemudiannya dia meninggal dunia, maka Malaikat akan membawanya meniti titian sirat seterusnya membawanya ke syurga.

Menurutnya, berlaku di negeri Kedah, seseorang yang dikenalinya setelah jatuh sakit (berat), menyedari ajalnya sudah hampir tiba, 3 hari tak bercakap. Ustaz menasihatkan supaya orang yang sakit berat ini jangan jadikan habit sikap "bebal" , sikap "cengih" (ni bahasa Kedah untuk degil..cerewet kot, maaf kalau tersilap) marah-marah , tinggi suara kat orang yang menjaga... sewaktu sakit terlantar.

Sunat orang sakit berat ini berhias diri dengan memakai bau-bauan. (Ingatan juga dikalangan anak-anak yang menjaga orangtua sakit). Potong kuku dan banyakkan berzikir.

Sunat orang yang sakit berat ini berwasiat/berpesan akan sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan kepada  orang yang hidup.

Sunat orang yang sakit berat ini tidak mengadu-ngadu cerita kesakitan yang dialaminya kepada orang seolah-olah tak redha dengan apa yang Allah uji.(Boleh cerita kat orang tentang penyakit bila ditanya tetapi bersifat redhalah). Kata Ustaz lagi, kalau kita selalu cerita fasal sakit kita kat orang, sakit kita lambat sembuh.

PERANAN ORANG YANG MENJAGA ORANG SAKIT (BERAT)

Bacakan Yassin.

Bacakan surah Ar-Ra'd (@surah Guruh kalau tak silap dengar Ustaz kata). Surah ni ada 43 ayat sahaja. Faedah dibacakan kepada orang sakit tenat(nazak) bagi memudahkan roh keluar. Menurut Ustaz, surah ini adakalanya dibacakan kepada orang sakit tenat yang berkompromi dengan syaitan (saka, susuk, ilmu kebal..etc). Namun boleh dibacakan kepada orang yang baik-baik juga bagi memudahkan roh keluar. Peraturan membaca surah Ar-Ra'd ini menurut Ustaz, bacaannya lebih perlahan dari bacaan Yassin yang selalunya lebih "deras" (kuat). Bacaan surah Ar-Ra'd ni antara dengar dan tidak sahaja.

Menurutnya pernah berlaku satu ketika, ada pesakit yang nazak terlantar bila waktu malam boleh makan banyak walhal bila waktu siang dia diam tak bergerak. Bila dibacakan surah Ar-Ra'd ini, jenazahnya sudah membusuk. Dia sudah lama mati rupa-rupanya.

Bila orang nazak, ajarlah "Laailaahaillallah"

~Wallahua'lam~

P/S Mudah2an menjadi panduan buat kita. Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Ustaz Fadhil ini di 017 4013730.


Jumaat, 17 Februari 2012

Saat-saat Sakaratul Maut (1)

Seperti biasa...Jumaat,12.15 tengahari, kita kongsi isi ceramah agama di Radio Kedah FM. Hari ini Ustaz Fadzil Hj. Hassan bercerita mengenai Sakaratul Maut.

Ketika seseorang itu nazak, lidahnya dikelukan oleh Allah. Dia kemudiannya didatangi 4 malaikat.
Malaikat pertama~ memberi salam dan kemudiannya memberitahu dia diwakilkan untuk mengambil rezeki makanan orang yang nazak itu.
Malaikat kedua ~ memberi salam dan memberitahu dia diwakilkan untuk mengambil rezeki minuman orang yang nazak itu.
Malaikat ketiga ~ memberi salam dan memberitahu dia diwakilkan untuk menutup nafas orang yang nazak itu
Malaikat keempat~memberi salam dan memberitahu segala-galanya sudah habis untuk orang yang nazak itu.

Kemudian Malaikat di kanan(Atiq) dan kiri(Rakib) manusia mendatangi orang yang nazak.
Maka berkata yang kanan sambil memberi salam, dia diwakilkan dengan hasanad (catat kebaikan). Kemudian dikeluarkan buku catatan yang putih membentang kepada orang yang nazak dan diperlihatkan kepadanya. Andainya buku catatannya dipenuhi catatan yang baik2, maka sukacitalah orang yang nazak itu.

Kemudian malaikat di kiri pula mengeluarkan buku catatan berwarna hitam. Maka dibentangkan catatan kejahatan yang dilakukan . Jika diberi buku catatan kejahatannya yang dilakukannya, berpeluh dan gelisahlah orang yang nazak itu, berpaling ke kanan dan kiri.

Ketika itu, datanglah Malaikat Maut bersama Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab.
Nyawa si fulan dicabut dari 2 kaki dahulu (sebab tu kaki sejuk dahulu). Kemudian hingga ke 2 betis , sampai ke 2 peha hingga ke perut, ke dada hinggalah ke kerongkong.

Hadith Rasulullah SAW :
"Dosa seseorang akan diampunkan (bertaubat) kecuali setelah roh berada di kerongkong (sakaratul maut) dan setelah matahari naik dari sebelah barat (kiamat)"

Roh akan dicabut melalui ubun-ubunnya. Roh dicabut mengikut nasib dan amalan seseorang. Ada yang mendapat belas ihsan malaikat, ditarik perlahan-lahan. Sesetengah roh disentap hingga terkeluar najis dari punggungnya.

~Wallahu'alam~



Khamis, 16 Februari 2012

Berhenti menjadi gelas...



Seorang guru sufi bertanya kepada seorang muridnya yang sejak kebelakangan ini murung dan sedih. "Kenapa kamu sentiasa murung dan sedih. Bukankan banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" si guru bertanya.

"Tuan, kebelakangan ini hidup saya penuh dengan masalah. Sukar bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tiada akhirnya" jawab si murid muda itu.

Si guru tersenyum. "Ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah ke mari. Biar ku perbaiki keadaan hatimu itu".
"Ambil segenggam garam dan masukkan ke dalam segelas air itu. Setelah itu, cuba kau minum airnya sedikit," kata si guru

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini berkerut kerana minum air yang sangat masin.

"Bagaimana rasanya?" tanya si guru.

"Masin dan perutku menjadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih berkerut.

Si guru tersenyum sekali lagi apabila melihat wajah muridnya yang berkerut kemasinan.

"Sekarang kau ikut aku". Si guru membawa muridnya ke sebuah tasik berhampiran tempat mereka. "Ambil garam yang segenggam lagi itu dan taburkan ke tasik".

Si murid menaburkan segenggam garam yang berbaki itu ke tasik tanpa bersuara. Rasa masin mulutnya belum hilang. Ingin rasanya diludahkan sahaja rasa masin dari mulutnya tetapi tidak dilakukannya. Rasa kurang sopan meludah di hadapan gurunya itu.

"Sekarang cuba kau minum air tasik itu," kata si guru. Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air tasik itu, mengambil air tasik dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air tasik yang dingin dan segar mengalir ditekaknya, si guru bertanya, "Bagaimana rasanya, nak?"

"Segar...segar sekali tuan,"kata si murid mengelap bibirnya dengan tangan. Tentu sahaja tasik itu berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah . Dan sudah pasti air tasik itu juga menghilangkan rasa masin yang tersisa dimulutnya.

"Masih adakah rasa garam yang kau taburkan tadi?" tanya si guru.

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Si guru hanya tersenyum memerhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air tasik tersebut sepuas-puasnya.

"Nak" kata si guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup ini seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam.
"Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang hidupmu sudah ditakdirkan Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap begitu, tidak berkurang, tidak bertambah"
"Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi , yang bebas dari penderitaan dan masalah"

Si murid terdiam mendengar kata-kata gurunya itu.

"Tetapi nak, rasa "masin" dari penderitaan yang dialami itu sangat bergantung dari besarnya "kalbu" (jiwa) yang menampungnya.  Jadi nak, supaya tidak terus menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikanlah kalbu dalam dadamu itu sebesar tasik" ujar si guru lagi.

~Utusan Melayu, 13 Februari 2012~

P/S Jangan ingat kita sahaja ada masalah...semua orang ada masalah.


Bila kerani bank marah...

Satu petang di sebuah bank komersial di Sg.Petani..
Sebelah kaunter Anim berurusan, ada seorang wanita muda bersama anak kecilnya
Wanita ini nak MASUKKAN duit dalam ASB...istilah biasa kita kan!

Bila dia menyuakan buku akaun banknya...DRAMA bermula...
"Ni apasal jadi macam ni? Mana awak simpan?" rungut si kerani di kaunter.
Tertarik nak menoleh dek kerana terkejut mendengar nada tinggi rungutan kerani bank 
(tak biasa dengar bebelan kerani bank komersial!)
"Tengok ni, tak boleh masuk dan check kat mesin pengimbas ni..dah kembang semacam..kedut-kedut. Ni macam terendam dalam air aja. "
Orang kiri kanan dah meninjau leher masing-masing
"Tulisan dah tak nampak ni. P buat buku akaun barulah..bayar RM10" tambah si kerani.
Wanita itu menolak dan memberi alasan nak cepat kerana membawa anak bersama dan berlalu pergi.
Ingatkan leteran berakhir di situ...rupa-rupanya bersambung..
"Meniaga pasar malam la ni agaknya. Tak pandai simpan buku"
------------------------------------------------------
Malas nak komen sapa betul sapa salah . Namun selepas peristiwa cemas yang berlaku di Batu Pahat pada 2005 , Anim cukup ALERT dengan dokumen penting. Waktu itu Anim menyewa di sebuah rumah kampung (semi D) di Peserai. Rumah sewa kami ni dikelilingi oleh kebun kelapa sawit . 

Cuaca panas dan kering menyebabkan kebakaran kebun berlaku dibanyak kawasan waktu itu termasuklah kebun sawit berhampiran kami. Bahaya sikit kebakaran kebun sawit ni sebab tanah gambut.Bara daripada kebakaran tanah gambut di bawah tanah mengambil masa untuk padam sepenuhnya.

Pihak bomba telah dihubungi. Namun kebakaran kebun sawit di tempat lain menyebabkan tenaga ahli bomba tidak mencukupi. Hampir sejam menunggu...masih tak tiba-tiba lagi. Api semakin marak ke arah kawasan rumah kami. Encik Suami menyiram tepi rumah sewa kami dengan air. Dia mengerahkan Anim mengeluarkan semua dokumen penting dan membawa anak-anak dan kenderaan kami pergi jauh dari situ.

Panik memang  panik. Apa nak dibawa keluar? Dalam keadaan kelam kabut, lupa dah mana simpan surat beranak anak-anak, mana simpan passport, mana simpan geran tanah, geran kereta, geran rumah, mana dokumen insuran... 
Wah...tinggilah nada suara Encik Suami bila dia melihat Anim mengangkat satu benda untuk dimasukkan ke dalam kereta.. 
Apa dia tau? ...........
Laptop sekolah yang diberi kepada kami, guru-guru ETEMS (Sains dan Matematik dalam BI).
Hihi..lucu kalau ingat2 jawapan pada Encik Suami, INI HAK KERAJAAN, HAK SEKOLAH, kena bayar kalau tak reti jaga!!

Alhamdulillah...setelah 2 jam, barulah pihak bomba tiba ..setelah tuan punya kebun dan jiran-jiran bertungkus lumus mengangkat air dan memadamkan sebahagian kebakaran..namun PENGAJARAN dari perisitwa itu,
segala dokumen penting telah Anim simpan dalam beberapa beg bimbit .
Yang pasti, jika berlaku sebarang kecemasan akan datang (dijauhkan Allah)...beg-beg itulah yang akan dibawa keluar!

P/S Bila panik.......segalanya jadi kelam kabut dan of course kita jadi terlupa.


Rabu, 15 Februari 2012

Talaqi


"Hukum belajar ilmu tajwid ni fardhu kifayah. Kalau dalam kawasan akak duduk ni belajar ilmu tajwid ni sudah dilakukan segolongan penduduk, maka gugurlah tanggungjawab kita yang lain. Tapi membaca Quran dengan bertajwid ni fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan mukallaf. Kalau akak, abang baca Al Quran tanpa tajwid serta bacaannya boleh mengubah tafsiran Al-Quran, berdosa"

Itulah kata-kata yang keluar dari seorang ustaz muda lulusan Mesir (pengkhususan Al Quran) yang datang ke rumah sejak awal bulan lalu. Bukan niat nak menunjuk...tujuan hanya berkongsi pengalaman dan cerita. Mudah-mudahan ada yang dapat dikongsi bersama dan timbul keinginan untuk turut sama bertalaqi.

Talaqi bermaksud mempelajari Al Quran terus dari sebutan guru. Guru tersebut mestilah seorang yang pernah mempelajarinya dari guru sebelumnya yang berkesinambungan (sanad) hingga kepada penerima wahyu pertama, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam (yang bertalaqi bersama Malaikat Jibrail)

"2 golongan yang tidak mempelajari ilmu iaitu pertama, orang yang sombong dan kedua, orang yang malu "

Kami ber2 bermula dari Surah Al Fatihah. Buang perasaan malu (Ustaz tu seusia adik Anim)..setiap kali dia hadir dalam tempoh sejam, kami hanya sempat membaca 5 surah pendek (surah lazim). Bacaan dibetulkan satu persatu dengan memerhatikan gerak bibir kami.

Malu juga mengenangkan sejak berguru dengan abah, dengan cikgu sekolah petang (sekolah agama sesi petang di Johor) 30 tahun lalu...tidak ambil inisiatif langsung selepas itu untuk terus berguru. Sombonglah tu...ingat kita dah tahu dan betul semua!! Tu dia, bila disemak bacaan surah/ayat lazim yang sudah dihafal dan sering dibaca dalam solat...yang tebal, dinipiskan, 2 harakat jadi 4 harakat...

Mendengar pengalaman seorang teman yang berguru secara beramai-ramai di masjid. Mula-mula kelas, penuh masjid. Tapi bila diminta seorang demi seorang memperdengarkan bacaan di depan Ustaz, malulah pulak bila salah banyak. Akhirnya bilangan 20 diawalnya sudah berkurangan menjadi 7 orang.

P/S Belajar semula hukum tajwid dengan meminjam buku kelas Al Quran anak-anak...



Selasa, 14 Februari 2012

Belajarlah Cintakan Nabi SAW......

 Gambar selipar yang digunakan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam, busur panah, baju milik Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam, bekas penyimpan rambut Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam dan lain-lain ada di dalam buku Biografi Agung Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam.

Sebak dan terharu bila mendengar sebahagian kata-kata Ustaz Don dalam "30 Minit Ustaz Don" di TV Al Hijrah tempohari.

Kata Ustaz Don,
" Apa kita bawa dalam kehidupan kita yang ada Nabi sekali dengan kita?"
Buku? Ada tak buku yang cakap berkaitan dengan Nabi bagi kita teringat ?
Baju? Kawan? Kuliah? Dengar? Dalam handphone apa yang ada bawa sekali yang kita boleh kata,
"Saya cinta Nabi, Saya cinta Rasul"

Kalau tak ada, pastikan..lepas ni ada...
Kita tidak terlambat...

Masjid Nabawi... disinilah bersemadinya jasad Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam

Belajarlah cinta Nabi...
Pasti akan rasa tenang walaupun kita menangis
Pasti akan rasa seronok walaupun kita dibenci
Pasti akan rasa indah walaupun hidup kita susah
Belajarlah untuk cinta Baginda Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam...


P/S Mudah-mudahan pengetahuan mengenai Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam menjadi bukti kitalah umat Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam dan akan menjadi saksi apabila kita berhadapan dengan Allah SWT di Padang Masyhar nanti...



Jumaat, 10 Februari 2012

Belaghak keliling kampung pulak...

Acara berarak ("belaghak" kata orang Kedah) sempena Sambutan Maulidur Rasul pada mulanya dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran Jabatan untuk dijalankan pada hari persekolahan (tidak seperti tahun-tahun sebelum ni). Khamis pagi, bila mendapat kelulusan Jabatan(bersyarat)..tak buang masa lagi....anak-anak ini terus bergerak masuk kampung. (Kebenaran mengejut ni membuatkan anak-anak belaghak dengan berbaju sekolah sahaja).

 Sambil berselawat keliling kampung. Seronok masuk kampung...tak terasa penat. Dikelilingi pokok-pokokle katakan...

 Melalui sawah padi luas terbentang...ada yang sudah dituai, ada yang menunggu masa...

Setiap tahun.....inilah acara yang paling dinanti-nantikan....bukan saja anak-anak ini, malah Anim sendiri.

P/S Mengajar anak-anak mengenali Rasulullah SAW bukan setakat belaghak sambil berselawat saja...



Selasa, 7 Februari 2012

Kutemui mereka di hadapan Kaabah...

 
Masjid Nabawi yang dirindui....

Bila dapat berita ramai sahabat, sanak saudara dan kenalan hendak mengerjakan umrah bulan Mac dan Mei tahun ni...teringin pula nak bercerita tentang pengalaman umrah Mac 2011 yang belum sempat Anim kongsikan lagi.

Bertemu dengan mereka yang kita kenali dalam jutaan jemaah di Madinah dan Mekah merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Adik lelaki Anim sekeluarga yang turut mengerjakan umrah bertolak ke Madinah sehari lebih awal dari kami.Kami kemudiannya terserempak dengan dia sekeluarga sewaktu makan malam di Madinah dan sekali lagi ketika dia sekeluarga menjengok kami di hotel penginapan di Mekah. Tidak pernah sekalipun kami bertembung di Masjidil Haram mahupun ketika tawaf di Kaabah .

Begitu juga dengan Guru Penolong Kanan di sekolah Anim. Penerbangannya lewat 2 hari dari Anim. Anim sempat bergurau dengannya sewaktu bersalam-salaman dengan rakan-rakan setugas sebelum itu. "Cikgu, kita jumpa insya-Allah di Mekah nanti".. Dan selama 15 hari di Madinah dan Mekah, Allah tak izinkan kami berdua bersua.

Namun....Anim telah berjumpa dengan 2 insan di hadapan Kaabah yang belum sempat Anim kongsi di entry terdahulu...Siapakah mereka?

Insan pertama, seorang jemaah lelaki Indonesia. Dia menginap satu hotel dengan kami di Madinah. Selama 4 hari di Madinah..memang dah cam sangat muka jemaah ni. Bukan kerana apa...kerana sikapnya yang menjengkelkan jemaah Malaysia yang lain. Alkisah..setiap kali kami menunggu di hadapan pintu lift untuk naik ke bilik masing-masing selepas pulang dari masjid@dari dewan makan, hamba Allah ni akan terus meluru masuk ke dalam pintu lift yang terbuka walaupun ramai jemaah lain yang telah menunggu lama di luar pintu lift. Kami ni, punyalah sabar menunggu giliran. Yang tiba awal, tempatnya di depan. Kalau dah sah..sah kita lewat, eloklah berdiri di belakang. Tapi jemaah lelaki Indonesia ni tak kira. Pintu lift terbuka, dia terus menyelit. Pendekata...bukan sekali dua, malah berkali-kali hingga raut wajahnya cukup dikenali oleh jemaah Malaysia sehotel dengan kami. Ramai jemaah yang merungut akan sikapnya itu.

Bila kami berangkat ke Mekah, sudah berlainan hotel...taklah jumpa dia lagi. Satu hari di Mekah, Anim dan Encik Suami berpandangan sesama sendiri bila terpandang satu wajah yang cukup kami kenali di Madinah, insan yang pernah Anim mohon di dalam hati untuk untuk tidak terserempak dengannya lagi di depan lift di hotel...Ya Allah...Allah temukan kami ber3 di hadapan Kaabah....ketika dia selesai mengucup Hajarul Aswad!!

Insan kedua, seorang jemaah wanita, juga dari Indonesia. Dia, jemaah dari Jakarta yang Anim temui di Masjid Nabawi pada hari ke3 di Madinah. Satu hari di Mekah (tak ingat hari ke berapa)..sedang Anim bersiap-siap untuk melakukan tawaf, ternampak raut wajah seseorang yang melekat di hati Anim..Ya..Dialah orangnya! Jemaah wanita yang menunjukkan "jalan" untuk Anim menjejakkan kaki  ke Raudhah. Mana mungkin Anim terlupakan wajah ramahnya dan pesannya yang bersungguh-sungguh.

Masih tergambar lagi kata-kata Anim kepadanya ketika kami bersalaman sebelum keluar masjid Nabawi (dia akan bertolak ke Mekah waktu itu).

"Insya-Allah...ya mudah-mudahan kita berjumpa lagi di Mekah".

Masya-Allah...Allah ketemukan kami di hadapan Kaabah. Dia selesai menunaikan tawaf 7 pusingan...Anim pula baru hendak memulakan. Anim segera memegang bahu dan tangannya.

"Awak ingat saya lagi tak? Kita jumpa di Masjid Nabawi tempohari. Kamu bilang sama saya tentang Raudhah. Alhamdulillah...syukur...saya dapat solat di Raudhah. Terima kasih"

"Masya Alloh bu. Ya..syukur..kita ketemu lagi. Alhamdulillah..bu..alhamdulillah"

P/S Pertemuan bermakna yang diatur Allah...


Isnin, 6 Februari 2012

"Haji ekspres VS Haji mabrur"

 Rumah Allah yang menggamit hati untuk ke sana lagi..lagi..dan lagi...dan lagi.....

Anim tak nak sentuh panjang tentang isu sindiket 'haji ekspres' yang telah difatwakan haram oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin sebelum ini .

Cuma...lihatlah 2 perbezaan ini
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
SITUASI 1:

DIA , seorang ahli perniagaan berjaya ingin menunaikan haji dengan muassasah Tabung Haji. Kami mengusiknya supaya pergi dengan pakej swasta kerana DIA mengadu terlewat mendaftar haji. Pakej swasta (TH Travel) RM50K-RM70K ( insya-Allah ada tempat buatnya) begitu kecil jika dibandingkan dengan pendapatannya yang bukan sahaja 5 angka sebulan...malah 6 angka.

"Bagi peluanglah kat kami yang makan gaji dan kurang berkemampuan pakej mahal ni pergi dahulu..(kuranglah persaingan)"

Jawapannya... "Kalau ada yang lebih murah, kenapa nak keluar duit lebih. "

Namun yang menjadi persoalan, bila syarat 5 tahun mendaftar haji muasassah Tabung Haji dan syarat 4 tahun (mulai 2011) mendaftar haji pakej swasta  diutarakan...terkejut juga kami kerana DIA mengatakan itu bukan soal besar. DIA ada kenalan yang berjanji akan mendapatkan tempat untuknya nanti. (DIA baru 2 tahun mendaftar haji)..


SITUASI 2

DIA , seorang wanita berusia awal 60an. Dikalangan yang mengenalinya maklum akan kehidupannya selepas suaminya berkahwin baru dengan seorang warga asing. Terkejut bila DIA menghubungi Anim.

"Anim, Makcik berhajat nak pergi haji. Boleh tak makcik ikut pakej haji Anim ? Makcik nak tumpang suami Anim untuk jadi mahram. Makcik pergi sorang sahaja. Makcik ada ajak Pakcik pergi sama tapi dia suruh makcik pergi dulu. Dia izinkan makcik pergi sendiri"

DIA yang selama ini "manja"..tidak boleh memandu@menunggang motor kerana dihantar suaminya ke mana-mana sebelum ini terpaksa menerima hakikat hidupnya berubah 100%. Masya-Allah...begitu sabarnya DIA. Tidak pernah sekali DIA mengutuk suaminya itu. Kagum akan ketaatan kepada suaminya. DIA pasti akan meminta izin dari suaminya hatta ke masjid untuk belajar agama. Bila ditegur oleh kawan-kawannya kerana berjalan kaki ke masjid yang jauh dari rumahnya, jawapannya hanyalah "Tak apalah, Allah dah bagi kaki. Kalau tak ada kaki, lagi susah nak pergi masjid"

2 anaknya telah bekeluarga. 2 lagi masih bujang (seorang bermasalah lembam) dan seorang telah meninggal dunia (kurang upaya).Bukan anak-anak tidak menghulur dan membantu si ibu tetapi berapa sangatlah yang dapat mereka hulurkan kerana mereka sendiri sedang membina keluarga dan bekerja di kota. Kos rumah yang sedang dalam proses pembaikan juga ditanggung anak-anak. Tak sanggup dia menyusahkan anak-anaknya lagi. Untuk menampung sara hidup, DIA bekerja di rumah orang. Kadangkala DIA meminta suaminya menghantar dan mengambilnya dari rumah majikannya jika anaknya tidak berkesempatan. Namun bukan free...DIA menghulurkan duit minyak motor suaminya itu!

"Orang tak tahu, hasil kebun Makcik kena bahagi 3. Satu bahagian untuk Makcik, satu bahagian untuk Pakcik dan satu bahagian untuk madu Makcik"

Namun...DIA , isteri mithali. DIA berlapang dada dengan ujian Allah. Selama DIA menjaga arwah anak lelakinya yang dilahirkan kurang upaya sejak lahir hingga ke akhir hayatnya di usia 18 tahun, tidak pernah sekalipun DIA keluar rumah meninggalkan anaknya..apalah sangat perubahan suami dan kerenah madu yang Allah timpa ini, katanya.

"Makcik nak ke Mekah. Makcik nak berdoa supaya Pakcik berubah. Makcik bukan nak dia bercerai dengan isteri barunya. Makcik cuma nak dia ingat Allah. Allah boleh panggil bila-bila masa"

Seolah-olah mengetahui apa yang bersarang di kepala Anim...

"Mesti Anim hairankan kenapa Makcik nak ikut Anim. Adik Makcik ajak ikut dia pergi haji lepas dia pencen. Tapi dia pencen 10 tahun lagi. Umur tu bukannya hak kita. Makcik takut hajat Makcik tak terlaksana sebelum tutup mata. Lagi satu keluarga Makcik mesti ingat macamlah Makcik ni banyak duit nak ikut pakej swasta. Alhamdulillah Nim, duit dalam Tabung Haji Makcik ada RM15 ribu. Makcik kumpul, makcik simpan sikit-sikit. Agak-agak berapa Makcik kena tambah?"

Hebatnya DIA. Berapa ramai dari kita yang berpendapatan ribu raban sebulan dapat mengumpul RM15 ribu dalam Tabung Haji? Berapa ramai dari kita yang berkereta besar, berumah besar boleh berfikir seperti DIA? Harta, wang ringgit milik Allah. Bila-bila boleh diambil semula. Apakah yang hendak kita jawab bila ditanya bagaimanakah kita menggunakan nikmat Allah yang diberikan?

Bila Anim nyatakan kos pakej swasta ni paling murah dalam RM20K...DIA beriya-iya mengatakan DIA akan cuba cukupkan. Tak ada niat lain untuknya ke sana. Kerana Allah. DIA tak memikirkan akan ole-ole atau barangan lain..

Termenung sejenak memikirkan hajat DIA. Jika hajatnya menelefon itu untuk meminjam wang...bolehlah diusahakan dengan senang hati. Namun hajat besar penuh makna ini dipinta dari seseorang yang tak punya kuasa. Apa yang dapat dikatakan, insya-Allah, kita berusaha. Selainnya...terserah pada Allah. Kami sendiri pun masih membuat rayuan dari tahun ke tahun.

P/S Kita mungkin punya alasan untuk pergi segera. Lembaga Urusan Tabung Haji juga telah membuka proses rayuan sekarang. Kita boleh pergi sendiri ke TH di Tingkat 30 atau hantar surat rayuan ke TH. Insya-Allah, setelah segala usaha secara betul dilaksanakan.. langkah seterusnya adalah urusan dan kehendak Allah SWT jua....


Ahad, 5 Februari 2012

Bila anak-anak kecil "belaghak" keliling taman...

Seawal jam 8.30 pagi..anak-anak kecil dari Tadika Kemas berhampiran "belaghak" (berarak) sempena Sambutan Maulidur Rasul mengelilingi kawasan perumahan Anim tinggal. Suasana sunyi sepi kawasan perumahan (cuti am le katakan...masing-masing dalam rumah) bergema dengan suara anak-anak kecil ini berselawat sambil memegang sepanduk.....

Seronok melihat keletah mereka "belaghak" sambil berselawat bersama cikgu-cikgu mereka ...dan pastinya, yang turut mengiringi anak-anak ini di belakang ialah IBU-IBU mereka....

video

Terasa hiba di hati mendengar suara Dato' Siti yang mendayu-dayu..
Ya Rasulullah...Ya Habiballah...
Kami rindu padamu...

P/S Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua....Banyakkan berselawat ke atas Nabi SAW..moga-moga kita diterima menjadi umatnya dan mendapat syafaat darinya di Padang Mahsyar nanti. Amin..




Sabtu, 4 Februari 2012

The unforgettable experiences@Pulau Jerejak

Kami akan bertolak balik dengan ferry jam 12.30 tengahari. Takleh buang masa...sementara Encik Suami and the gang ada slot bersama teambuilding Pyracosmic (Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim)...Anim plan aktiviti bersama-sama anak-anak selepas breakfast.....

Bagi chance depa rasa semua kenderaan depan lobby. Nampak kereta Kancil tanpa pintu tu? Unik bukan? Depa kata Kancil tu untuk bawa pengunjung ke tempat penginapan atas bukit. .

 Karaoke? Tak ok..tak ok...Tak cukup masa...mari kita wat aktiviti kuar peluh...

 Bagi chance berendam dulu dalam sejam.....ok...jom gerak sekarang....

 Ahaa...semua happy bila Anim bagitau dah sewa 4 basikal...RM10 satu basikal untuk sejam. (Sorang lagi untuk Akmal, anak staff..14 tahun)

 1st, kita mengayuh ke kawasan berbukit untuk ke jambatan gantung. Weii...janganle laju-laju...Ummi semput ni..

 Flora yang boleh dipelajari...

 Giant ulat gonggok....eeeiiiii....lebih 50x besar dari ulat gonggok kat umah kita...

 Suspension bridge...Hero ganas Anim ni pun kecut perut..Separuh jalan dah pusing balik. "Takutla Ummi, bergoyang sangat, macam nak terjatuh. Kalau kat Sedim dulu, Syawal beranilah"

 Wall climbing.....bagi chance depa tengok aktiviti remaja bangsa Cina ni .. Paintball pun ada. Archery pun ada...

Berkayuh ke kawasan penjara.Ikut  papan tanda...kami kena mengayuh ke kawasan Monkey Trail (tepi laut) dalam jarak 1.5km. Nak kata takut monyet daklah sebab monyet sembunyi bila nampak kami.Ish, teringat cerita Encik Suami ...kalau ada kawasan penjara...mesti ada orang curi besi. "Hantu kepala hitam" yang dirisaukan. Dahle I ni mak orang, bawa anak-anak lak (sib baik ada si Akmal..) . Oklah....jomle patah balik....

 Ni salah satu faktor mengapa Anim ajak depa ber3 berpatah balik. Melalui kawasan bangunan-bangunan lama tak didudukki yang menjadi tempat pembuangan sampah,tilam dan sebagainya. Bila cerita balik kat Encik Suami...rupa-rupanya dia kata ada 2 penjara. Satu Malaysia...satu British. Penjara British tu ada di bawah tanah katanya...Waaaa, sib baik batalkan niat pi..Tak pasal-pasal ada yang demam seminggu lak karang....

 Well, Pulau Jerejak ni memang cantik dan mendamaikan.Sesuai untuk pengunjung yang nak lari dari kesibukan dan hiruk pikuk kota. Kami ni beruntung kerana kami p bukan waktu cuti sekolah@cuti perayaan. (Khabarnya penuh waktu CNY tempohari). So...hari ni pulau ni seperti milik kami ber4..

Dipercayai Pulau Jerejak ini menjadi pengkalan submarine tentera Jerman (Jun 1943- Mac 1944). Semasa World War II, kapal selam tentera Russia telah diserang oleh tentera Jerman. Satu perkuburan khas tentera Russia yang terkorban telah dibina tetapi tiada rekod yang dapat menjelaskan dimana jasad itu sebenarnya dikebumikan.

 Lepas lunch...bergegas ke jetty. Nak kejar Solat Jumaat di mainland.

 Ferry dengan kapasiti 60 penumpang rosak pulak hari ni...

Penumpang ferry 12.30 tengahari yang terkandas di Pulau Jerejak...(walhal..punyalah nak cepat... makan pun tak kunyah lumat, main telan je masa lunch tadi...)

Kenangan pulang dengan bot 12 penumpang.....Best wooo...

P/S Macam-macam cerita singgah di telinga...Pulau Jerejak keraslah..tempat "makhluk halus" dibuanglah..pulau misterilah. Namun apa yang dapat Anim kongsikan....jangan dengar cakap orang!


Jumaat, 3 Februari 2012

The forgotten island@ Jerejak Rainforest Resort, Penang

Alamak...tak teringat langsung nak snap keseluruhan Pulau Jerejak dari kejauhan (kanan). Rushing bertolak ke jetty di Bayan Lepas ni selepas sekolah (petang Khamis)...nak kejar jadual ferry 4.30 petang. Actually, jadual ferry sampai malam tapi tak sanggup menempuh traffic jammed orang Penang balik kerja.

The forgotten island...pulau "buangan" berkeluasan 363 hektar yang terletak di antara Pulau Pinang dan Seberang Perai .

Pada tahun 1948-1949 ia dijadikan Kem Tahanan Politik British@Penjara Pulau Jerejak. Dr.Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Cikgu Muhd Yusof Ayob, Rashid Karim dan Ibrahim Karim adalah antara pejuang nasionalisme yang pernah dipenjarakan di sini.

Pada 12 Jun 1969, Pulau Jerejak dijadikan sebuah penjara keselamatan tertinggi dan digelar Alcatraz Malaysia.

Pada tahun 1981, berlaku rusuhan apabila 100 orang tahunan mengamuk dan memusnahkan sebahagian bangunan Pusat Pemulihan Akhlak kerana tidak berpuas hati dengan pelanjutan tempoh tahanan. Pada tahun-tahun berikutnya, bilangan tahanan bertambah mencecah 982 orang.

Sebagai langkah keselamatan, nelayan tidak dibenarkan menghampiri pulau ini dalam lingkungan 200m dari pantai.

Bagaimanapun 7 orang tahanan berjaya memboloskan diri, 4 orang pada Januari 1988 dan 3 pada Mei 1988. Bagi mengelakkan perkara ini berulang, kerajaan memutuskan menutup pusat itu pada 1990 dan tahanan dipindahkan ke Muar dan Simpang Renggam, Johor secara berperingkat sehingga 13 Ogos 1993. [Sumber Bernama]

 
Anim dan 2 Abdul ni sebenarnya "menziarahi" Encik Suami yang sudah berada di sana sejak Rabu . Sambil menyelam..minum air....

Ni le ferry yang disediakan oleh pengurusan Jerejak Rainforest Resort. Perjalanan mengambil masa lebihkurang 15 minit. Tak jauh mana pun kan....

Jerejak Rainforest Resort yang beroperasi pada 2004 ini didirikan di atas kawasan yang dulunya merupakan pusat rawatan kusta. Menarik bukan....

Jalan kaki dari jetty ke lobby...Cik abang kita dah menunggu di sana....hoho...

 Tempat beradu....
 Tempat bersantap bagi semua pengunjung dan penginap.

Tempat anaknda berdua p bersiram...

Tempat anaknda menabur duit....

P/S Bila dah tau "sejarah" pulau...payah lak nak lena malam..hihi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Anim : Inilah Ceritaku 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi